Connect with us

General

#SukanSEA2019: Soloz akan bantu saya analisis perlawanan – Laphel

Published

on

Pemain Mobile Legends Mohd Faris Zakaria (tiga dari kiri) tidak akan berada dalam barisan pemain utama dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019.

KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) yang akan bersaing di Temasya Sukan SEA 2019, Manila, Filipina Mohd Faris Zakaria (Soloz) tidak berada dalam barisan pemain utama.

Jurulatih pasukan Mobile Legends Malaysia, Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) berkata Soloz akan membantunya dalam menonton dan menganalisis perlawanan sepanjang Sukan SEA berlangsung.

“Soloz adalah pemain yang bijak. Ia akan memberi kelebihan kepada kami untuk melihat perlawanan dari ‘mata burung’ untuk mengenal pasti apa yang betul dan salah.

“Kami telah berlatih dari segi mental dan fizikal.

“Apa yang kami  perlukan sekarang adalah sokongan dan doa dari rakyat Malaysia. Terima kasih semua,” kata Laphel kepada What’s The Meta.

Dia berkata demikian sebelum berlepas ke Manila, Filipina pada pagi tadi.

BACA: #SukanSEA2019: Jadual perlawanan e-sukan 5-10 Disember

Selain Soloz, pemain Mobile Legends Malaysia untuk Sukan SEA 2019 ini terdiri daripada :

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)

Kelima-lima pemain itu akan bermain sebagai barisan utama pasukan Mobile Legends Malaysia.

Pada peringkat kumpulan, Malaysia berada dalam kumpulan A bersama Myanmar, Vietnam, Singapura dan Kemboja.

Sementara itu di Kumpulan B, adalah skuad dari tuan rumah, Filipina, Indonesia, Laos dan Thailand.

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filoil Flying V Centre Manila, Filipina bermula esok sehingga 10 Disember.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved