Connect with us

General

PMCO: Yoodo Gank sebenarnya kompetitif, boleh beri saingan hebat – RRQ Athena

Published

on

Pasukan PUBG Mobile Thailand RRQ Athena berada di tangga ke-12 pada hari pertama acara utama Final Global PMCO Musim Luruh 2019. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Thailand RRQ Athena menyifatkan pasukan Malaysia, Yoodo Gank sebenarnya boleh beri saingan yang hebat dalam Final Global PMCO Musim Luruh 2019.

“Yoodo Gank sangat kompetitif dan mampu berikan persembahan yang sengit dalam kejohanan ini,” kata pemain posisi Sniper bagi pasukan itu, Wachirawit Ramangkoo (Earnny).

Earnny berkata demikian dalam satu sidang media selepas tamat hari pertama Final Global PMCO Musim Luruh 2019, yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Earnny turut menyifatkan meski Yoodo Gank dan pasukan Indonesia Bigetron RA mampu beri tentangan hebat tapi mereka lebih berhati-hati dengan pasukan senegara, MEGA Conqueror dan ILLUMINATE dalam kejohanan ini.

Meski Earnny dan RRQ Athena sebelum ini menjuarai di peringat kelayakan Asia Tenggara, prestasi mereka agak merudum pada hari pertama semalam.

Mereka berada di tangga ke-12 dengan 31 mata secara keseluruhan.

Mengulas mengenai prestasi itu, Earnny berkata: “Kami tidak biasa lagi dengan corak permainan pasukan lain.

“Mungkin selepas perlawanan demi perlawanan, kami akan lebih biasa dan akan berikan mutu persembahan dengan lebih baik,”katanya.

Sementara itu, pasukan Malaysia Yoodo Gank berada di tangga ke-14 dengan 17 mata secara keseluruhan.

Ketika ini sedang berlangsung Final Global PMCO Musim Luruh 2019 yang menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dalam kejohanan ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved