Connect with us

General

Axis Esports lapor polis selepas akaun FB dakwa digodam

Published

on

Axis Esports merupakan anak syarikat Axis Technology Resources (M) Sdn. Bhd yang terletak di Bangi, Selangor.

KUALA LUMPUR – Syarikat e-sukan Axis Esports, membuat satu laporan polis semalam selepas akaun Facebook milik mereka dipercayai telah digodam.

“Facebook Axis Esports kami telah digodam oleh penjenayah siber dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi kami.

“Kami sudah melakukan laporan kepada pihak polis dan pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah ini.

“Kami mohon maaf kepada kesemua peminat, rakan kongsi, pihak berkepentingan dan komunitii dengan kesulitan ini,” kata Pengarah Operasi Axis Esports, Syed Fakrurrozi Syed Agil dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Axis Esports dilihat telah membuka satu akaun Facebook baharu dan telah memperoleh 1,197 likes setakat artikel ini ditulis.

Sementara itu berdasarkan tinjauan What’s The Meta Today, akaun Facebook yang digodam itu telah memuat naik beberapa status yang dilihat meluahkan beberapa rasa tidak puas hati kepada Axis Esports.

Axis Esports merupakan anak syarikat Axis Technology Resources (M) Sdn. Bhd yang terletak di Bangi, Selangor, yang ditubuhkan dengan visi untuk memperkasakan e-sukan di Malaysia.

Mereka turut mempunyai beberapa pasukan e-sukan di bawahnya, termasuk pasukan Mobile Legends, Axis Bosskurr atau Axis Esports yang baru-baru ini meraih kedudukan 8 teratas dalam kejohanan dunia, M1.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved