Connect with us

General

Kesihatan Daddy semakin kurang baik, isteri pula disahkan positif COVID-19

Published

on

Foto: IG / Daddyhood

“KESIHATAN saya semakin kurang baik, perlukan banyak berehat.”

Itu kata penghibur pengstriman langsung popular tanah air, Nureddy Nursal (Daddyhood) yang mengalami jangkitan COVID-19 baru-baru ini.

“Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.

“Isteri saya yang sedang sarat mengandung juga disahkan positif pada pagi tadi.

“Kesihatan saya juga semakin kurang baik dan saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya untuk berehat sehingga pulih,” katanya kepada WTM Today ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, Daddyhood juga berkata dia telah membuat keputusan untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti termasuk berkaitan e-sukan.

Beliau juga berkata tugas-tugas berkaitan dengan organisasi e-sukan Homebois ketika ini akan diambil alih oleh rakan kongsinya, Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan Sopian Sultan (XKpenjahat).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 17,004 kes COVID-19 dicatatkan pada semalam dan Malaysia mempunyai 94,515 kes aktif ketika ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved