General
Pahang Esports Academy akan dilancarkan Ahad ini

SATU akademi e-sukan yang akan memberikan tumpuan dalam menggilap bakat-bakat anak muda iaitu Pahang Esports Academy, akan dilancarkan pada Ahad ini.
Menurut Pengerusi Koperasi Esports Pahang Berhad, Amirul Syafiq, penubuhan akademi itu juga akan memberi tumpuan dalam mendidik e-sukan yang bukan sekadar main game kepada orang ramai.
“Saya berharap agar industri e-sukan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda pada masa hadapan.
“Bukan sekadar bermain game sahaja, tetapi boleh menjadikan kerjaya sebagai seorang yang kreatif dalam industri e-sukan ini,” kata Amirul.
Dia berkata demikian ketika dihubungi WTM Today pada hari ini.
Acara perasmian akademi itu juga dijangka akan disertai oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.