Connect with us

General

Adakah Esports Malaysia akan terbantut kerana PJS?

Published

on

(Kalau attention span awak rendah untuk baca, just nak minta tolong untuk tag YBM Menteri @hannahyeoh di media sosial, kerana kita perlu pertolongan YBM).

BILA kita ingin mengangkat industri E-sukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di antarabangsa, kenapa ada pula yang cuba membantutkannya?

Ini bukan sekadar ‘drama’ di status Whatsapp atau bertukar sindirin tanpa nama di TikTok sahaja.

Ini adalah satu isu yang perlu diberi perhatian oleh semua, jika kita mahu e-sukan negara keluar dari tampuk lama.

Anda tahu M1 bukan? Acara kejuaraan dunia MLBB yang pernah diadakan di Malaysia pada tahun 2019, dan tahukah anda siapa yang menjayakannya?

Yang di belakangnya adalah orang yang penuh pengalaman dalam mengangkat ekosistem e-sukan negara, Kenchi Yap.

Kenchi Yap sentiasa memastikan acara-acara profesional e-sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa di bawah kelolaannya mempunyai standard yang tersendiri seperti M1, MPL Malaysia, Free Fire dan banyak lagi supaya orang ramai tahu, e-sukan bukan sekadar main game dan e-sukan adalah satu pekerjaan yang serius.

Kenchi Yap juga pernah menjadi jurulatih Dota 2 untuk pasukan antarabangsa, FNATIC, sehingga membantu pasukan itu menjadi keempat terbaik dunia pada tahun 2016.

Nah, sekarang kenapa pula kita harus mengambil kisah mengenai Kenchi Yap?

Sebab Kenchi Yap mahu mendaftarkan Persatuan Tadbirurus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) namun sehingga hari ini masih belum ada jawapan muktamadnya.

Kenapa pula kita sebagai penggiat e-sukan perlu ambil tahu?

Kerana kita mendambakan perubahan dan nafas baru persatuan e-sukan negara, menerusi MEGA.

Yang ada sekarang ini banyak terpalit dengan pelbagai isu termasuklah, hadiah wang terkumpul kejohanan seperti AGES (Kejohanan e-sukan untuk Asia Tenggara) 2016 yang sehingga hari ini belum selesai.

Jadi, sebab itulah kita memerlukan satu perubahan yang baharu, segar, serta meyakinkan.

Dan perubahan itu mesti dilakukan sekarang, kerana kita semua dahagakan satu anjakan paradigma, terutama meletakkan e-sukan Malaysia di peta dunia.

Cukuplah kita menjadi sandwich antara Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia. Malaysia juga sebenarnya ada hebatnya.

MEGA sebagai persatuan akan memastikan e-sukan di Malaysia tidak akan lagi ketinggalan dalam mana-mana acara e-sukan antarabangsa di bawah naungan persatuan e-sukan antarabangsa kerana MEGA juga berkait dengan Persekutuan E-Sukan Global.

MEGA juga mempunyai rekod baik dalam pengurusan pemain di peringkat acara antarabangsa.

Setahun jagung MEGA bermula, persatuan itu telah diberi amanah untuk menjadi Task Force oleh Majlis Olimpik Malaysia dalam menggendalikan atlet-atlet Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023.

Hasilnya? Skuad dream team MLBB berjaya menyumbangkan pingat perak dan skuad wanita MLBB menghadiahkan gangsa untuk negara.

Itu adalah pertama kali dalam sejarah MLBB Malaysia, apabila negara ini berjaya ke peringkat Grand FInal.

MEGA juga membantu dalam pengurusan atlet-atlet e-sukan Malaysia di Sukan Asia 2022 Hangzhou sehingga berjaya meraih pingat Gangsa bagi acara Dota 2 untuk negara.

Kenapa perkara ini berjaya dilakukan oleh MEGA?

Kerana MEGA buat kerja, dan orang yang buat kerja itu adalah orang penuh dengan pengalaman dalam pengurusan pemain-pemain. Orang yang betul-betul mengambil berat mengenai pemain-pemain dan komuniti e-sukan negara.

Okay, apa isunya sekarang ini?

Isu ketika ini adalah apabila persatuan MEGA yang ingin ditubuhkan Kenchi Yap itu masih belum didaftarkan PJS.

PJS mempunyai bidang kuasa berkaitan pendaftaran dan pembatalan atau penggantungan badan sukan yang berdaftar di bawah Akta 576.

Tapi PJS masih belum beri kata putus untuk MEGA, daftar atau tidak?

Perkara ini akan menyukarkan malah membantutkan pengurusan atlet-atlet e-sukan Malaysia kelak.

Perkara ini juga akan menyebabkan, kita masih berada di tempat yang kita ada sekarang, sama sahaja.

Tiada yang mega dan tiada yang megah.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved