VALORANT
VCT: Mindfreak sertai Weibo Gaming
PEMAIN controller Valorant Indonesia, Mindfreak, sah sertai Weibo Gaming.
Perkata itu dikongsikan Weibo Gaming menerusi satu pengumuman di media sosial baru-baru ini.
Barisan pemain Valorant Weibo Gaming kini terdiri daripada Satoshi dan Chenze (Duelist), XiaoFei, Mindfreak, dan Panda (Controller), Yoyo (Initiator), dan AcMe (Sentinel).
Sementara itu, barisan jurulatih dipimpin Meow dari Korea Selatan sebagai Ketua Jurulatih, dibantu Veolante sebagai Jurulatih Pembantu.
Weibo Gaming akan bersaing di kejohanan tier-2 Valorant China untuk musim 2026.
