Connect with us

VALORANT

RM1.8 juta dalam tangan, Paper Rex mara ke Final Valorant Champions

Published

on

Foto Credit: Valorant Champions Tour / @valorantesports

RM1.8JUTA (AS$400,000) dalam tangan gergasi Valorant Asia Pasifik, Paper Rex apabila berjaya mara ke Grand Final Kejuaraan Dunia Valorant Champions Los Angeles 2023 pada pagi tadi.

Meski tewas pada pusingan pertama di Ascent dengan mata 10-13 dengan pasukan Amerika Utara, Evil Geniuses, Paper Rex bagaimanapun melakukan kebangkitan untuk dua pusingan yang seterusnya.

Paper Rex raih kemenangan 13-9 di pusingan Bind dan 15-13 di pusingan Pearl.

Untuk konteks, pasukan itu turut terdiri daripada pemain Malaysia yang berasal dari Kelantan, Khalish Rusyaidee (D4V41).

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM10.4 juta (AS$2.25 juta).

Grand Final kejohanan itu akan berlangsung pada 27 Ogos jam 3 pagi waktu Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved