VALORANT
Paper Rex nombor 2 dunia, bawa pulang RM1.8 juta

Gergasi Valorant Asia Pasifik, Paper Rex tewas 1-3 kepada pasukan Amerika Utara, Evil Geniuses di peringkat Grand Final Kejuaraan Dunia Valorant Champions Los Angeles 2023 pada pagi tadi.
Meski memberi saingan hebat dalam tiga pusingan yang dimainkan iaitu di Split, Ascend dan Lotus, Paper Rex dilihat menemui kesukaran di pusingan Bind.
Pada pusingan Bind, Paper Rex tewas 5-13 apabila menggunakan ejen Skye, Yoru, Raze, Brimstone dan Breach.
Paper Rex bagaimanapun sempat mengutip kemenangan di pusingan Ascent dengan kemenangan tipis 13-11.
Meski pun tewas, RM1.8juta (AS$400,000) sudah pun berada dalam tangan Paper Rex.
Untuk konteks, pasukan itu turut terdiri daripada pemain Malaysia yang berasal dari Kelantan, @khalish.rusyaidee (D4V41).
Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM10.4 juta (AS$2.25 juta).