Connect with us

VALORANT

Paper Rex terus menang bersih 2-0! Mara semi final Upper Bracket

Published

on

Foto Credit: Valorant Champions Tour / @valorantesports

GERGASI Valorant Asia Pasifik, Paper Rex terus menang bersih 2-0, kali ini menentang pasukan Turki FUT Esports pada peringkat playoff Kejohanan Valorant Champions Los Angeles 2023.

Dalam pusingan itu, kedua-dua pasukan telah bersaing menerusi pusingan Ascent dan Pearl.

Pada pusingan Ascent, Paper Rex menang 13-10 dengan menggunakan ejen Reyna, Skye, Viper, Raze dan Harbor.

Manakala pada pusingan Pearl, Paper Rex menang mudah 13-4 dengan menggunakan ejen Phoenix, Jet, KJ, Skye dan Astra.

Menerusi kemenangan itu, Paper Rex layak ke peringat Semi Final Upper Bracket, menentang pasukan Brazil, LOUD.

Paper Rex turut terdiri daripada pemain Malaysia berbakat besar, Khalish Rusyaidee (d4v41).

Untuk rekod, Paper Rex sebelum ini menjuarai Liga Pasifik Valorant Challenge Tour 2023 manakala LOUD merukan pemenang Liga Amerika Valorant Challenge Tour 2023.

Perlawanan antara LOUD dan Paper Rex akan kembali 20 Ogos, jam 3 pagi.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved