General
PEWWIT, Homebois kolaborasi dengan legenda rock, Search!

PEWWITTT~ Bukan sekadar e-sukan, jenama Homebois Worldwide kini mencatat sejarah tersendiri apabila secara rasmi melakukan satu kolaborasi bersama kumpulan legenda muzik rock tanah air, Search.
Menurut pengasas Homebois Worldwide, Daddyhood, tempoh kolaborasi bersama kumpulan Search itu adalah bukan untuk waktu yang singkat sahaja.
“Kerjasama dengan Search bukan sekejap.
“Kami juga akan melakukan koleksi konsert mereka di Singapura dan Melbourne, Australia,” kata Daddyhood ketika dihubungi WTM Today.
Jelas Daddyhood, ini bukan pertama kali Homebois Worldwide melakukan kerjasama dengan industri muzik.
Sebelum ini, Homebois Worldwide pernah mengadakan kolaborasi dengan Kugiran Masdo dan kumpulan pop-punk tanah air, Bunkface.
Akan datang, Homebois Worldwide juga akan melancarkan lagu bersama Kmy Kmo.
Sementara itu, Daddyhood juga berkata kolaborasi bersama Search adalah di luar jangkaannya sendiri memandangkan kumpulan rock itu merupakan satu nama besar di Malaysia dan Asia Pasifik.
“Saya sangat gembira, bangga dan terharu apabila mereka sudi berkolaborasi dengan kami.
“Ini satu kolaborasi yang tidak terjangka sebab saya peminat Amy dan Search.
“Kolaborasi ini tercetus mungkin mereka melihat koleksi kami dengan Bunkface baru-baru ini, dan kemudian mereka cuba mengenali kami dengan lebih dekat,” tambah Daddyhood.