Connect with us

General

Dota 2: “Roster hanya untuk Dreamleague Leipzig Major sahaja” – MidOne

Published

on

PEMAIN profesional Dota 2 tanah air, Yeik Nai Zheng (MidOne) mengesahkan barisan pemain yang melibatkan dirinya dan beberapa jaguh Asia Tenggara lain dalam pasukan SEAMonkeys hanya untuk penyertaan ke satu kejohanan major Dota Pro Circuit (DPC) 2019/2020.

Roster (barisan pemain) ini hanya untuk kejohanan DreamLeague Season 13 The Leipzig Major, katanya ringkas kepada What’s The Meta.

Acara Utama DreamLeague Season 13 The Leipzig Major dijadual akan berlangsung pada 18-26 Januari 2020 dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4 juta (AS$1 juta).

Pada semalam Mid One menerusi Facebooknya memuat naik satu gambar berserta kapsyen: “MidOne tidak sabar untuk bermain beberapa perlawanan ketika waktu rehatnya.

“Satu pasukan Asia Tenggara baharu sedang ditubuhkan! MidOne akan bermain dengan sekadar suka-suka untuk kelayakan ini,” katanya.

Sebelum ini MidOne, dilaporkan akan mengambil waktu berehat panjang dari arena kompetitif e-sukan itu dan akan dilepaskan dari barisan utama Team Secret.

Sepanjang MidOne bersama Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major Valve dan menyertai kejohanan dunia, The International selama tiga tahun berturut-turut.

MidOne dan Team Secret turut menduduki tempat ke-4 pada The International 9, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret.

Baru-baru ini nama MidOne dilihat telah didaftarkan dalam laman Dota 2 pada semalam bersama dengan pemain-pemain lain seperti Michael Ross (ninjaboogie), Nicholas Lim Eng Han (zeal), Lee Jia He (Chidori~) dan Ooi Yew Kah (KennyO).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved