Connect with us

PUBG Mobile

Analisis PMWL: Kenali pemegang takhta pada setiap peta

Published

on

Tahukah anda? Pasukan-pasukan dari rantau Asia Tenggara mendominasi bilangan Chicken Dinner bagi setiap peta yang dipertandingkan di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur setakat ini.

PMWL Timur setakat ini telah mempertandingkan sebanyak 75 pusingan di empat peta berbeza.

Juara dunia,Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) dari Indonesia mendominasi peta Erangel apabila berjaya memenangi lima Chicken Dinner di peta tersebut sepanjang peringkat liga PMWL.

Pusingan Erangel merupakan peta yang dipertandingkan dengan jumlah terbanyak, iaitu 33 daripada 75 pusingan.

Pasukan TSM Entity, Synerge, Team Secret, Galaxy Racer Celtz dan Megastars masing-masing meraih tiga Chicken Dinner di Erangel sepanjang liga berlangsung.

Sememangnya, lokasi mendarat Bigetron RA di Farm dan penukaran posisi yang mantap daripada pemenang kejohanan PMCO Fall Split Final 2019 membuahkan hasil lumayan bagi meraih gelaran “Raja Erangel” dengan lima Chicken Dinner.

Raja Erangel- Bigetron Red Aliens (BTR RA)

Pasukan yang mendominasi peta Miramar pula, adalah pasukan RRQ Athena dari Thailand yang berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner sebanyak tiga kali sepanjang peringkat liga.

Hanya satu Chicken Dinner di belakang pasukan RRQ, pasukan negara Team Secret dan Box Gaming dari Vietnam berkongsi tempat kedua dengan dua Chicken Dinner diraih.

Peta Miramar dilihat didominasi oleh pasukan dari rantau Asia Tenggara apabila menguasai 11 daripada 14 pusingan yang dipertandingkan di peta ini.

Pasukan Asia Tengara lain yang meraih Chicken Dinner di peta Miramar selain RRQ, Secret MY dan Box termasuklah pasukan seperti Yoodo Gank, Bigetron RA, Morph dan King of Gamers Club (KOG).

Raja Miramar- RRQ Athena

Bigetron RA dan Valdus the Murder berkongsi gelaran “Raja Sanhok” apabila masing-masing mendapat tiga Chicken Dinner sepanjang liga PMWL berlangsung.

Kedua-dua pasukan Asia Tenggara ini meraih dua daripada Chicken Dinner mereka di Sanhok sewaktu peringkat Super Weekend.

Raja Sanhok- Bigetron Red Aliens dan Valdus the Murder

Box Gaming dari Vietnam yang menghuni kedudukan kedua pada peringkat liga PMWL menunjukkan dominasi di peta Vikendi dengan tiga Chicken Dinner.

Pasukan negara, Yoodo Gank dan Team Secret MY masing-masing berjaya mendapatkan dua Chicken Dinner sepanjang liga di peta Vikendi.

71.42% daripada kemenangan di Vikendi dikuasai oleh pasukan-pasukan Asia Tenggara manakala selebihnya dimenangi oleh rantau Asia Tenggara dan Taiwan.

Raja Vikendi- Box Gaming

Dominasi Asia Tenggara dalam kejohanan antarabangsa PUBG Mobile sememangnya tidak dapat dinafikan.

Mampukah pasukan-pasukan dari rantau Asia Tenggara meneruskan dominasi Chicken Dinner mereka?

Saksikan wakil negara, Team Secret dan Yoodo Gank bertempur di peringkat akhir PMWL Timur pada 6-9 Ogos di laman Youtube dan Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved