Connect with us

PUBG Mobile

Analisis PMWL: Apa yang anda perlu tahu tentang lokasi mendarat pasukan negara di PMWL

Published

on

SETELAH tiga minggu bermain di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, pasukan-pasukan PMWL dilihat selesa dengan lokasi mendarat mereka dalam peta-peta yang dipertandingkan.

Lokasi mendarat sememangnya penting untuk mendapatkan barangan yang mencukupi sebelum bersedia memasuki medan peperangan.

Ia akan mempengaruhi corak permainan sesebuah pasukan pada awal pusingan.

Peta Erangel:

Bagi peta Erangel, Team Secret dilihat memilih kawasan Gatka sebagai lokasi mendarat untuk mendapatkan barangan keperluan.

Pasukan Yoodo Gank dilihat memilih Severny sebagai tempat pertaruhan di Erangel sebanyak 27 daripada 27 pusingan yang dipertandingkan di PMWL Timur setakat ini.

Ramalan lokasi mendarat peringkat akhir PMWL- Erangel

Yoodo Gank sememangnya kelihatan agak selesa dengan pilihan Severny, apabila mereka seringkali tidak diganggu oleh mana-mana pasukan sehingga meneruskan pemilihan tempat Severny ini di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti: PeaceKeeper Elite Championship 2019 (PEC), Kejohanan Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) dan lain-lain.

Pertaruhan pasukan-pasukan negara dilihat membuahkan hasil lumayan apabila berjaya memperoleh empat Chicken Dinner sepanjang peringkat liga PMWL Timur.

Lokasi Chicken Dinner pasukan negara- Erangel

Peta Miramar:

Bagi peta Miramar pula, pasukan Yoodo Gank dilihat mengekalkan pemilihan lokasi La Cobreria sepanjang liga.

Pasukan Team Secret pula pada mulanya memilih lokasi Hacienda del Patron sebagai lokasi mendarat namun lebih memilih untuk mengundur ke Minas Generales selepas mendapat tentangan daripada pasukan TSM Entity dari India.

Ramalan lokasi mendarat peringkat akhir PMWL- Erangel

Pasukan Team Secret MY berjaya mendapat dua Chicken Dinner di peta Miramar manakala pasukan Yoodo Gank berjaya mendapatkan 1 satu Chicken Dinner dalam 14 pusingan yang dipertandingkan.

Lokasi Chicken Dinner pasukan negara- Miramar

Pada peta Vikendi pula, pasukan sinonim dengan gelaran “The One and Onleh” itu dilihat lebih selesa untuk mendarat di kawasan Milnar untuk mendapatkan barangan yang mencukupi bagi perlawanan.

Pasukan Team Secret MY pula berkemungkinan memilih kawasan Podvosto setelah bertukar lokasi mendarat sepanjang liga akibat tentangan hebat dari pasukan Mongolia, NoChance yang gagal layak ke peringkat akhir PMWL Timur

BACA: Podvosto akan menjadi milik kami di Liga Dunia – NoChance

Ramalan lokasi mendarat peringkat akhir PMWL- Vikendi

Kedua-dua pasukan negara berjaya mengutip dua Chicken Dinner bagi peta Vikendi.

Lokasi Chicken Dinner pasukan negara- Vikendi

Peta Sanhok:

Dengan penyingkiran Nova Godlike daripada peringkat akhir PMWL Timur, pasukan Team Secret MY tidak perlu risau akan tentangan hebat di daerah Quarry.

Kedudukan strategik Quarry yang berada di tengah peta Sanhok telah dimanfaatkan oleh pasukan negara dengan memperoleh satu Chicken Dinner di peta tersebut sepanjang peringkat liga PMWL.

Ramalan lokasi mendarat peringkat akhir PMWL- Sanhok

Walaupun tidak memperoleh sebarang Chicken Dinner di Sanhok, pasukan Yoodo Gank yang memilih daerah Lakawi pula memaparkan aksi yang konsisten bagi pusingan-pusingan Sanhok dengan penukaran posisi mantap bagi setiap pusingan.

Lokasi Chicken Dinner pasukan negara- Sanhok

Adakah mereka akan terus mengekalkan pemilihan lokasi mendarat atau mengubah dengan strategi berlainan? Semuanya akan terjawab dalam peringkat akhir PMWL Timur yang akan bermula pada jam 8 malam nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved