Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: TSM Entity ‘ajak’ jumpa di final, Yoodo Gank open table belanja penumbuk

Published

on

Pada hari terakhir Super Weekend yang lalu, pemain TSM Entity Abhijeet Harishchandra Andhare (Ghatak) memuat naik status seolah-olah memberi amaran kepada Yoodo Gank, selepas Izzrudin Hashim (Jumper) menggunakan pan untuk menghantar Jonathan Jude Amaral (Jonathan) ke lobi.

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank sebelum ini mencatat rekod kemenangan 3-1 dalam pertembungan pasukan TSM Entity dari India pada peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran “One and Onleh” tersebut sekali lagi berjaya memenangi pertarungan menentang pasukan TSM Entity pada Hari Pertama peringkat akhir PMWL Timur.

Ia menjadikan rekod pertembungan 4-1 yang memihak kepada Yoodo Gank.

Rusuh tak jadi, Jonathan pilih untuk lari

Serangan pasukan TSM Entity dalam pusingan ketiga di Erangel semalam seakan-akan mahukan ‘darah’ pasukan Yoodo Gank.

Umum mengetahui pada hari terakhir Super Weekend yang lalu, pemain TSM Entity Abhijeet Harishchandra Andhare (Ghatak) memuat naik status di Instagram seolah-olah memberi amaran kepada Yoodo Gank, selepas Izzrudin Hashim (Jumper) menggunakan pan untuk menghantar Jonathan Jude Amaral (Jonathan) ke lobi.

Foto : Instagram / @tsment_ghatak
Foto : Youtube/ PUBG Mobile Esports

Hasrat Ghatak bagi pasukan TSM Entity untuk bertembung dengan Yoodo Gank itu ditunaikan pada pusingan ketiga, hari pertama Grand Final PMWL Timur semalam.

Pertarungan berlangsung kira-kira empat minit.

Pada dua minit pertama pertembungan, kedua-dua pasukan itu berbalas tembakan. Yoodo Gank berada di dalam sebuah rumah, manakala TSM Entity berada di luar kawasan rumah tersebut.

Seolah tidak mahu membuangkan masa, TSM Entity dilihat cuba memberi serangan mengejut, dengan pemainnya Jonathan Jude Amaral (Jonathan) menaiki kereta dan menghampiri rumah yang diduduki Yoodo Gank.

TSM Entity dilihat cuba merusuh Yoodo Gank . Foto : Youtube/ PUBG Mobile Esports

Namun serangan yang dilakukan TSM Entity berjaya dihalang dengan percaturan dan kesabaran daripada pasukan pertama Asia Tenggara itu.

Walaupun kekurangan satu pemain pada bahagian awal pertembungan, pasukan Yoodo Gank berjaya menggunakan pengalaman mereka untuk menghidupkan semula fragger mereka Ahmad Fuad (Fredo) sebelum memulakan pertarungan menentang salah satu gergasi India itu.

Mengambil kesempatan daripada serangan dan rusuhan yang kurang menjadi dari TSM Entity, Fredo terus melumpuhkan dua pemain TSM Entity; Suraj Nityanand (Neyoo) dan Vivek Abhas (Clutchgod) dalam pertembungan itu.

Fredo menumbuk Clutchgod selepas berjaya melumpuhkan pemain itu. – Foto : Youtube/ PUBG Mobile Esports

Serangan balas Yoodo Gank memaksa pemain tunggal pihak lawan, Jonathan untuk mengundur diri selepas pertarungan tersebut untuk mencari mata kedudukan.

Pemain Yoodo Gank Azim Ikromi (Draxx) dilihat cuba mematahkan cubaan Jonathan untuk melarikan diri menggunakan kereta.

Draxx cuba mengejar Jonathan. – Foto : Youtube/ PUBG Mobile Esports

Draxx melepaskan beberapa das tembakan, dan memaksa Jonathan untuk keluar sehingga terjun ke bahagian perairan Rozhok.

VIDEO: Yoodo Gank vs TSM Entity di Hari Pertama Grand Final

Pertembungan Yoodo Gank vs TSM Entity pada Super Weekend

Dominasi rekod pertembungan oleh pasukan Yoodo Gank terhadap pasukan TSM Entity sebenarnya bermula sejak di pusingan pertama Super Weekend Minggu pertama.

Mengimbas balik detik pertembungan, lokasi ketua dalam pasukan (igl) Yoodo Gank Izzrudin Hashim ketika itu jauh dari zon selamat seterusnya.

Ketika mencari kawasan selamat di dalam bulatan seterusnya, Jumper berjaya menjatuhkan pemain utama TSM Entity, Jonathan di kawasan Hacienda del Patron.

Tanpa melengahkan masa, pasukan Yoodo Gank terus melakukan serangan terhadap pemain tunggal TSM Entity pada waktu itu, Suraj Nityanand (Neyoo) untuk masuk ke bulatan seterusnya.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Percaturan mantap dari pasukan Yoodo Gank pada pusingan tersebut berjaya memberikan mereka Chicken Dinner pertama bagi peringkat Super Weekend sekaligus melonjak dalam carta keseluruhan.

BACA: PMWL: Yoodo Gank dapat Chicken Dinner, Malaysia kini nombor 1

Pada dua aksi pertembungan lain, pasukan Yoodo Gank berjaya meratakan pasukan TSM Entity dengan mudah pada pusingan-pusingan hari kedua Minggu Kedua dan hari kelima minggu ketiga Super Weekend.

VIDEO: TSM Entity cuba rusuh Yoodo Gank di Erangel, tapi gagal

Namun demikian, pasukan Yoodo Gank terpaksa akur sekali dalam rekod pertembungan menentang pasukan TSM Entity apabila pasukan India tersebut berjaya menghalang mereka memasuki zon selamat seterusnya di peta Sanhok dalam Super Weekend 3 PMWL Timur.

Pasukan Yoodo Gank yang sukar memasuki bulatan seterusnya yang menutup di daerah Kampong terpaksa akur apabila tiga daripada pemain mereka jatuh di tangan pasukan TSM Entity.

Pasukan TSM Entity sememangnya sebuah pasukan yang berkualiti dan sering menunjukkan corak permainan agresif.

Susulan pertembungan peringkat Super Weekend pengurus TSM Entity, Siddhant Joshi dilihat berkeyakinan untuk memenangi pusingan-pusingan Erangel menerusi satu post di Insta Stories pada Isnin.

Lonjakan mata TSM Entity di Erangel selepas peringkat League Weekend pada minggu kedua sememangnya menunjukkan pasukan TSM Entity sebagai antara pasukan yang digeruni bagi peta Erangel.

League Weekend 131League Weekend 234League Weekend 3 73
Super Weekend 140Super Weekend 260Super Weekend 397
Mata TSM Entity di Erangel sepanjang peringkat liga PMWL

Namun mengikut pemerhatian WTM Today, pasukan yang mempunyai jumlah kemenangan Chicken Dinner terbanyak di Erangel merupakan juara dunia PMCO Fall SPlit 2019, Bigetron Red Aliens dari Indonesia.

Raja Erangel- Bigetron RA

BACA: Analisis PMWL: Kenali pemegang takhta pada setiap peta

Mampukah pasukan Yoodo Gank mengekalkan rekod kemenangan menghadapi pasukan TSM Entity?

Pasukan Yoodo Gank kini berada di tempat ke-15 secara keseluruhan tamat hari pertama peringkat akhir PMWL Timur.

Satu lagi wakil negara Team Secret berada di kedudukan ke-10 dengan 43 mata keseluruhan.

Saksikan wakil negara, Team Secret dan Yoodo Gank bertempur di peringkat akhir PMWL Timur pada 6-9 Ogos di laman Youtube dan Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved