Connect with us

General

#EsportsBlueprint: Tidak boleh ada mentaliti ‘syok sendiri’ – Syed Saddiq

Published

on

PETALING JAYA – Pihak kerajaan tidak boleh mempunyai mentaliti ’syok sendiri’ apabila merancang Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengadakan pelbagai perbincangan dan pertemuan dengan beberapa pihak berkepentingan sebelum melancarkan pelan itu.

“Bagi menjadikan Malaysia sebagai hub e-sukan di Asia Tenggara, kita perlu ada ekosistem yang baik secara keseluruhan, perlu lebih inklusif dan melihat bagaimana polisi boleh menarik lebih banyak pelaburan dan membantu membangunkankan industri,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demikan dalam satu Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan E-sukan yang berlangsung di Universiti Malaya semalam.

Menurut Syed Saddiq, pelan tersebut yang telah dirancang sejak Januari 2019 menekankan 5 strategi utama meliputi pemegang taruh dalam industri e-sukan seperti pemain profesional, penggerak industri, pelabur dan agensi-agensi kerajaan.

Jelasnya penganjuran beberapa siri kejohanan peringkat dunia seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World Championship 2019 dan World Esports Games (WESG) telah membuktikan potensi besar yang dimiliki Malaysia.

“Menerusi pelan strategik ini dapat membuka mata lebih ramai pihak untuk melabur dan bertapak di Malaysia.”

Bagi orang ramai yang ingin melihat Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan itu, boleh muat turun di sini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved