Connect with us

General

#EsportsBlueprint: KBS ajak orang ramai ke majlis pelancaran Khamis ini

Published

on

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjemput orang ramai ke Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan yang akan diadakan pada Khamis ini.

KBS berkata orang ramai boleh hadir ke Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya untuk memeriahkan majlis itu dan dapat mendengar visi dan matlamat kementerian itu bagi pembangunan e-sukan tanah air.

Menurut KBS, majlis pelancaran itu akan disempurnakan menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan E-sukan ini selaras dengan usaha serius kerajaan untuk memastikan hala tuju e-sukan dapat berkembang secara inklusif dan menyeluruh,” kata KBS dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara akan dibentangkan pada 21 November nanti.

Pada Mac lalu pula, beliau berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Syed Saddiq turut mengumumkan lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved