Connect with us

General

#M1World: “Penat bukan alasan untuk kami tewas…”

Published

on

Moon dan Todak dijadualkan akan bertemu Burmese Ghoul pada jam 7 petang ini.

KUALA LUMPUR – “Perlawanan semakin susah. Semua orang penat. Saya, rakan saya, pengurus dan juga yang berkerja belakang tabir pun penat namun itu bukan alasan untuk kami tewas dalam perlawanan semalam (menentang Rex Regum Qeon) dan perlawanan kedua tadi (menentang 10s Gaming Plus)”.

Itu antara kata-kata dari salah seorang pemain pasukan Todak, Moon ketika ditemu ramah oleh What’s The Meta selepas perlawanan menentang wakil dari Jepun, 10s Gaming Plus dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Todak 2-1.

“Kami sudah menjangka perlawanan hari ini akan jadi susah kerana corak permainan agresif ketika menyerang dan berdisiplin ketika bertahan yang ditunjukkan 10s Gaming Plus membuatkan kami tak tentu arah.

“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan saya kerana kekal fokus walaupun perlawanan berlarutan sehingga ke perlawanan yang ke-3,” kata Moon.

Moon yang menggunakan Kimmy dalam perlawanan ketiga tadi sangat efektif untuk membantu pasukan Todak untuk mendapatkan mata kemenangan dan mara ke peringkat yang seterusnya.

Lewat petang ini Todak akan kembali naik ke pentas utama untuk berdepan dengan pasukan dari Myanmar, Burmese Ghouls dalam format best of 3.

“Kedua-dua pasukan merasai kepenatan tetapi mental siapa yang lagi kuat, dia akan menang”, kata Moon lagi.

16 pasukan terbaik dunia datang bertanding di kejohanan dunia Mobile Legends M1 tetapi hanya tinggal 4 pasukan sahaja yang tinggal untuk merebut hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM1 Juta (AS$250,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved