Connect with us

General

#M1World: Tewas dalam perlawanan pembukaan, Todak hampir lemas di arena sendiri

Published

on

Todak terpaksa akur tewas pada perlawanan pembukaan kepada pasukan dari Indonesia, Rex Regum Qeon 0-2. - Foto MPL / Mobile Legends

KUALA LUMPUR –  Pasukan Mobile Legend nombor 1 negara, Todak membuka tirai acara utama kejohanan dunia Mobile Legend M1 dengan langkah sumbang apabila mereka terpaksa tunduk kepada Rex Regum Qeon dengan mata 0-2.

Di atas kertas, pasukan Todak dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini dengan mudah namun segalanya serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut dan terpaksa memberi laluan kepada wakil negara jiran itu untuk kekal meneruskan saingan dalam kelompok utama.

Selepas tewas dalam perlawanan pertama, Todak menunjukkan corak permainan yang sangat agresif untuk 5 minit pertama dalam perlawanan yang kedua.

Moon sekali lagi menunjukkan bahawa di adalah pemain terbaik untuk hero Lunox namun tuah tidak menyebelahi mereka apabila beberapa kali turtle mereka dicuri oleh RRQ.

Pemain assassin RRQ, Xinn berjaya mendapatkan Maniac di hujung perlawanan sekali gus mematahkan semangat ribuan penyokong tuan rumah yang hadir di Axiata Arena hari ini.

Todak yang terpaksa berdepan dengan penyingkiran dalam kelompok bawahan bakal bertemu dengan pemenang di antara satu lagi pasukan tuan rumah, Axis Esports ataupun wakil negara matahari terbit, 10s Gaming Plus.

Hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM1 juta (AS$250,000) menjadi taruhan untuk dimenangi dalam kejohanan dunia Mobile Legends M1 yang bakal direbut oleh 16 pasukan terbaik MLBB dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved