Connect with us

General

#LEVELUPKL – Jumpa keluarga Bosskurr jam 1.30 petang di KLCC

Published

on

Anda berpeluang beramah mesra bersama pemain Bosskurr di Festival Gaming Terulung di Malaysia, Level UP KL pada jam 1.30 petang nanti di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

BAGI penyokong organisasi e-sukan popular tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) yang ingin berjumpa dengan pemain-pemain pasukan itu, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang ini.

Pemain dan ahli-ahli Bosskurr iaitu Daddyhood, Soloz, Logan, Penjahat, Rush dan Fredo akan berada di Festival Gaming Terulung di Malaysia, Level UP KL pada jam 1.30 petang nanti di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain bertemu dengan pemain-pemain Bosskurr, anda juga boleh meluangkan masa di sekitar festival itu yang menyediakan pelbagai pameran, aktiviti dan bengkel berkaitan dengan permainan video.

Contohnya, jika anda mahu menjadi penghibur penstriman langsung (streamer) anda mungkin mahu ke Bengkel di Dewan 2 KLCC pada jam 2 nanti.

Bengkel Kerjaya yang bertajuk “Can You Be A Streamer” itu menampilkan streamer terkemuka tanah air dari The Face Gaming seperti Afiq Afzainizam (Chii), Farhan Johari (Han) dan Azizan Hasnor (Seraveem).

Festival Gaming Terulung di Malaysia, Level UP KL juga menampilkan beberapa kejohanan e-sukan seperti Final Liga Predator Dota 2 Malaysia 2020, Piala Komuniti Gamesbond dan Intercollege Cyber Challenge (ICC) CSGO Playoff.

Lihat jadual penuh #LevelUPKL di sini: https://www.levelupplay.my/event-schedule

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved