Connect with us

General

#EsportsBluePrint : Rangka tindakan e-sukan akan dibentang pada 21 November

Published

on

Syed Saddiq berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara akan dibentangkan pada 21 November nanti.

“Dalam masa dua minggu lagi, kita akan mengadakan pembentangan rangka tindakan (blueprint) yang pertama untuk diperhalusi bersama.

“Selepas itu kita akan mengadakan sesi temu rapat bersama penggiat e-sukan untuk membincangkan mengenai pembelanjaan dana e-sukan yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 supaya akhirnya kita dapat melangkah ke hadapan bersama,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demkian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Level Up KL kepada Atlet-Atlet E-Sukan Negara ke Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada semalam.

Sebelum ini, dalam satu sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu Syed Saddiq berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Syed Saddiq turut mengumumkan lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved