Connect with us

PUBG Mobile

RECAP: Perjalanan Team 2020, The One and Onleh Yoodo Gank dari 2019 sehingga PMWL Musim Zero

Published

on

Foto fail

BERADA di tempat terakhir Liga Profesional PUBG Mobile Musim Zero bukanlah satu pencapaian yang memuaskan, namun ia tidak bermakna usaha-usaha pemain Yoodo Gank ke pentas dunia perlu dinafikan secara total.

Menerusi artikel ini, WTMToday akan mengimbas kembali detik-detik perjalanan kompetitif pemain-main The One and Onleh.

26 Januari 2019
Berada di pasukan berbeza sewaktu PMNC 2018, sebelum bersama sebagai Yoodo Gank

Umum mengetahui kapten pasukan Yoodo Gank Aiman Mohd (Manparang) merupakan bekas pemain profesional Player Unknowns’ BattleGrounds (PUBG) dan peneraju pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Gank FTY.

Skuad Gank FTY yang turut dianggotai Azim Ikromi (Draxx) pernah merangkul kejuaraan Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2019.

Pada kejohanan itu, Ahmad Fuad Razali (Fredo), membuat kemunculan pertamanya di pentas kompetitif PUBG Mobile bersama TXS Bosskurr di PMNC 2019 selepas mengambil keputusan untuk berehat sebagai pemain profesional Mobile Legends Bang Bang.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Foto: Instagram/ draxxofficial

Satu lagi anggota Yoodo Gank Izzrudin Hashim (Jumper) mewakili pasukan Victorious in Play (VIP) dan berjaya mendapatkan tempat keempat bagi kejohanan tersebut.

4 April 2019
PMCO Malaysia 2019

Selepas mendapat tajaan dari syarikat telekomunkasi Yoodo, Gank FTY kini dijenamakan semula sebagai Yoodo Gank.

Langkah besar pertama pasukan Yoodo Gank? Kejohanan kelayakan untuk ke peringkat Asia Tenggara: PMCO Malaysia 2019.

Menghadapi tentangan sengit daripada pasukan baharu, Genexsus yang kini dikenali sebagai Team Secret MY, pasukan Yoodo Gank pada ketika itu terpaksa akur di tempat keempat.

Dengan kejayaan mereka berada di kelompok pasukan kelima terbaik, pasukan Yoodo Gank yang pada waktu itu dibarisi Mohd Hazim Abd Hamid (Jimboy), Mohammad Hafizi Baharudin (Geek), Draxx dan Aiman Mohd (Manparang) berjaya melayakkan diri ke Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga 2019.

8 Mei dan 17 September
Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga dan Musim Luruh

Liga Asia Tenggara PMCO merupakan langkah pertama Yoodo Gank di pentas antarabangsa.

Skuad tanah air itu terpaksa menentang pasukan-pasukan berkaliber seperti juara dunia pada ketika itu, RRQ Athena dari Thailand.

Pada ketika itu, sememangnya pasukan-pasukan Thailand dan Indonesia dilihat mendominasi carta keseluruhan dengan tidak memberi ruang sekalipun bagi pasukan-pasukan tanah air.

Yoodo Gank pada ketika itu mendapatkan tempat ke-13 bagi kejohanan Liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga dan tempat ke-14 bagi Liga Asia Tenggara PMCO Musim Luruh 2019.

Mengorbankan waktu hari raya demi mengutip pengalaman berharga di bumi China, pasukan-pasukan tanah air sedaya upaya memperbaiki corak permainan bagi melahirkan sinar harapan baharu dalam arena esukan PUBG Mobile Malaysia.

1 Disember 2019
Pasukan Malaysia pertama beraksi di Final PMCO 2019

Barisan pemain Yoodo Gank 2019: Zully, iShotz, Geek dan Manparang

Tanggal 1 Disember 2019, pasukan Yoodo Gank menjadi pasukan tanah air pertama untuk melayakkan diri ke Final PMCO Musim Luruh 2019.

Kejayaan pasukan negara ini sememangnya memberi nafas baharu kepada industri esukan negara terutamanya bagi kategori permainan peranti mudah alih negara.

Jumper pada ketika itu bertindak sebagai jurulatih dan penganalisis pasukan Yoodo Gank bagi mengukukah corak permainan secara menyeluruh untuk menghadapi kejohanan dunia itu.

BACA: #PMCO2019 : Jumper bakal jadi jurulatih Yoodo Gank

Sementara itu, Ahmad Fuad Razali (Fredo) pula dijemput menjadi pengulas pada peringkat final PMCO itu.

28 Disember 2019
Penambahan Fredo, Jumper melahirkan gelaran ‘Team 2020’

Barisan pemain “Yoodo 2020”: Draxx, Manparang, Jumper dan Fredo

Pasukan bertaraf dunia” itulah yang ingin disampaikan kepada para peminat dengan barisan baharu ini.

Menentang pasukan-pasukan dunia pada ketika itu, Yoodo Gank mempamerkan aksi cemerlang sehingga mendapatkan jumlah mata bunuh tertinggi di belakang pasukan-pasukan rantau China di Kejohanan PeaceKeeper Elite (PEC) 2019.

Ia turut merupakan kejohanan besar pertama buat barisan terbaharu yang dibarisi Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), Aiman Amirul (Manparang), Ahmad Fuad Razali (Fredo), Izruddin Hashim (Jumper).

BACA: ‘Team2020’ Yoodo Gank punyai pontensi besar, raih Top 7 Peacekeeper Elite Championship

3 Mac 2020
Belum lagi rezeki, Yoodo raih tempat kedua PMPL MY/SG

Meski beraksi dengan baik pada peringkat liga, namun Yoodo Gank terpaksa akur dengan meraih tempat kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Walaupun gagal mendapatkan tiket automatik ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, kekalahan di peringkat kebangsaan itu menjadi pembakar semangat kepada mereka di peringkat Asia Tenggara.

1 Mei 2020
Kedua terbaik di Malaysia, tapi yang terbaik di Asia Tenggara

Tiada siapa dapat menjangkakan pasukan Malaysia bakal menjulang piala kemenangan PUBG Mobile rantau Asia Tenggara. Tiada siapa.

Namun, pasukan PUBG Mobile Malaysia Yoodo Gank berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil apabila dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama.

Merentasi sempadan industri esukan, dengan kejayaan tersebut, pasukan The One and Onleh itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records dan penghargaan dari Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

BACA: PMPL SEA Final: Menteri KBS, Reezal Merican ucap tahniah kepada Yoodo Gank

11 Julai 2020
Aksi Team 2020 di PMWL Timur

Permulaan baik bagi pasukan Yoodo Gank di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur apabila berjaya mengutip tiga Chicken Dinner berturut-turut seterusnya melonjakkan mereka naik ke tempat pertama peringkat liga pada ketika itu.

BACA: Yoodo Gank kekal ranking pertama PMWL Timur selama dua hari berturut-turut!

Namun, awan tidak selalu mendung dan langit tidak selalu cerah. Selepas beberapa hari berada di ranking pertama Super Weekend PMWL Timur, ia kemudiannya mula didominasi pasukan-pasukan dunia yang lain.

Yoodo Gank juga terus mempamerkan prestasi yang merosot apabila gagal menyertai peringkat Super Weekend kedua.

Yoodo Gank mampu bangkit seketika dengan memperbaiki kedudukan pada peringkat League Weekend dan Super Weekend ketiga sehingga melayakkan diri ke final.

Meski berjaya mengucap satu Chicken Dinner pada final, namun Yoodo Gank sekadar meraih kedudukan ke-16 secara keseluruhan tamat 24 pusingan yang dipertandingkan.

Namun demikian, tempat ke-16 pasukan Yoodo Gank bukan semata-mata bermakna mereka berada di tangga terakhir kejohanan akhir PMWL Timur namun anggaplah pasukan negara kita berada dalam kelompok 16 pasukan PUBG Mobile terbaik di seluruh dunia.

Selepas 1 minggu PMWL Timur tamat, Yoodo Gank akan beraksi kembali dalam arena kompetitif PUBG Mobile.

Saksikan kebangkitan semula Yoodo Gank dalam aksi PMPL MY/SG Musim Kedua pada 18 Ogos nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved