Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Tontonan kemuncak melebihi 1.1 juta penonton

Published

on

PMWL Musim Zero yang lalu menyaksikan pasukan Indonesia Bigetron Red Aliens mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi kejuaraan itu bagi bahagian Timur. - Foto fail

LIGA Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim Zero mencatatkan jumlah tontonan kemuncak sebanyak 1,154,865  penonton pada pusingan ke-24, hari terakhir peringkat final.

Tencent dalam satu kenyataan media hari ini berkata, PMWL Musim Zero yang disiarkan secara langsung di platform YouTube, Twitch dan Facebook telah ditonton selama 40 juta jam sejak ia dimulakan 11 Julai lalu.

Pada peringkat final PMWL Musim Zero yang berlangsung pada hujung minggu lalu menyaksikan 32 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia bertarung dalam 24 pusingan yang mencabar untuk merebut gelaran juara.

Bagi bahagian PMWL Timur, jaguh dunia dari Indonesia Bigetron Red Aliens mempertahankan gelarannya selepas mendahului penyandang tempat kedua dari India Orange Rock sebanyak sembilan mata.

Sementara itu bagi PMWL Barat, ia dimenangi pasukan dari Turki, Futbolist.

Pada peringkat final itu juga menyaksikan pemain Futbolist, Alper Umut Can Ayyildiz (Solkay) dan Ngo Ngoc Haiwere (BreaK) muncul sebagai pemain terbaik Grand Final.

Kedua-dua pemain itu membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12,000 (AS$3,000).

PMWL Musim Zero turut menyaksikan penganjuran Anugerah Pilihan Peminat dengan juara membawa pulang kira-kira RM8,000 (AS$2,000).

Anugerah ini berdasarkan undian peminat yang dilakukan pada Julai lalu.

Pemain profesional Malaysia Ahmad Fuad Razali (Fredo) dari Yoodo Gank menjuarai bagi kategori Asia Tenggara.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Pilihan Peminat PMWL Musim Zero:
⦁ Alper Umut Can Ayyildiz (Solkay) – Futbolist -Eropah
⦁ Ahmad Fuad Razali (Fredo)- Yoodo Gank – Asia Tenggara
⦁ Tanmay “Sc0utOP” Singh – Orange Rock – Asia Selatan
⦁ Jeon Min Jae (Sayden)- T1 – Korea Selatan
⦁ Tengis Batnasan (ChocoNutX) – NoChanceTeam – WildCard
⦁ Suzuki Kento (SaRa)- Reject.Scarlet – Jepun
⦁ Kozhir Akram Karim (BAYe) – Frag Machines – Timur Tengah
⦁ Gonzalo Ayala (Ayala) – Team Quesco – Rantau America

Tencent turut mengumumkan pemenang bagi Anugerah e-sukan PUBG Mobile bagi pemain terbaik Liga Profesional (PMPL) iatu:

⦁ Azim Ikromi (Draxx)- Yoodo Gank – Asia Tenggara
⦁ Lucas Miguel (Carrilho)- Loops Esports – Rantau Amerika
⦁ Vivek Aabhas Horo (ClutchGod) – TSM Entity – Asia Tenggara

Selepas tamatnya PMWL Musim Zero, kejohanan kompetitif PUBG Mobile akan kembali berlangsung dalam masa beberapa hari menerusi penganjuran PMPL dan PMCO di beberapa negara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved