Connect with us

PUBG Mobile

Konflik Team Secret: CEO minta komuniti hormati privasi BiuBiu dan OTG

Published

on

Foto: Facebook / Secret BiuBiu

KETUA pegawai eksekutif organisasi e-sukan antarabangsa Team Secret, John Yao hari ini memohon peminat-peminat menghormati privasi dua kakitangan pasukan PUBG Mobile mereka iaitu pengurus Partibhan Petchayappen (OntheGo) dan pemain profesional Kow Jiunn Jie (BiuBiu).

John berkata demikian menerusi akaun peribadinya di Facebook pada petang tadi.

Kenyataan John itu adalah susulan luahan perasaan tidak puas hati pemain pasukan PUBG Mobile Team Secret, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) menerusi penstriman langsung yang bertajuk “I’m back guys. Where have i been and what have i been up to” pada semalam.

Dalam penstriman langsung yang mencecah 208, 000 tontonan dalam jangka masa sehari itu, dia menceritakan pengalaman pahit yang dilaluinya sejak tiga minggu lalu apabila dikhianati oleh seseorang yang rapat dengan dirinya.

https://www.facebook.com/SecretBiuBiu/videos/614395209270449/

Sementara itu, John dalam satu kenyataan berharap agar semua penonton mehormati privasi OntheGo dan BiuBiu sehingga konflik peribadi mereka berjaya diselesaikan.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan BiuBiu dan OTG, saya tidak akan memberi komen mengenai konflik peribadi mereka dan saya meminta anda untuk menghormati privasi mereka mengenai perkara” jelas John.

Selain itu, John turut menekankan beberapa perkara mengenai pendiriannya dan juga organisasi Team Secret. Berikut adalah intipati kenyataan John:

  • Komen John mengenai kapasiti profesionalisme OntheGo:
    Mengenai OntheGo, ini kata John: “Onthego menjaga logistik, tempat latihan (bootcamp), memberi sokongan kepada keperluan pemain serta mengurus jadual kejohanan.

    “Saya tidak bercakap dari perspektif saya sahaja, namun pendapat yang dikongsikan dari pemain-pemain kami dan pihak pengurusan peringkat global Team Secret.”
  • Penambahan Rex, Jangs dalam PWML adalah untuk kukuhkan barisan Team Secret, setiap ahli pasukan juga bersetuju, termasuk BiuBiu.
    John dan Team Secret percaya penambahan baharu akan menjadikan pasukannya lebih kuat. Walau bagaimanapun, John berkata keadaan itu akan menyebabkan salah satu pemain akan menjadi pemerhati ketika perlawanan berlangsung. Jelasnya iaa bukan satu perkara yang asing jika sesebuah pasukan itu mempunyai 5 atau 6 pemain.

    “Asyam Allam (Rex), BiuBiu dan Dhiya Ulhaq (Uhigh) pernah berada dalam dan luar barisan aktif pemain, memandangkan Team Secret MY sedang mencuba pelbagai strategi untuk mengadaptasi kepada meta dan corak permainan Liga Dunia.
  • Pemilihan pemain Team Secret MY untuk bermain dalam PMWL adalah berdasarkan panduan dan nasihat John.
    Selepas mencuba beberapa barisan pemain yang berlainan dengan strategi yang berbeza di peringkat League Weekend, pihak John mengetahui hanya tiga pusingan Super Weekend sahaja diadakan untuk melayakkan diri ke Final.

    Team Secret MY telah membuat keputusan untuk membenarkan BiuBiu dalam barisan aktif pada minggu pertama, dan Rex minggu kedua. Barisan aktif yang mempunyai mata terbanyak, akan terus membawa momentum pasukan sehingga habis liga.

    “Panduan saya adalah untuk mengetepikan hal peribadi dan emosi dan membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk pasukan.

    “Kami mempunyai tanggungjawab kepada semua pemain kami, peminat kami untuk memberikan mutu persembahan yang sehabis baik yang kami boleh berikan,” jelas John mengenai pemilihan barisan pemain PMWL.
  • Hal peribadi BiuBiu dan OTG⁣
    Sebagai kawan, John berkata dia akan masuk campur hal BiuBiu dan OTG jika dibenarkan (untuk tidak mengeruhkan keadaan). “Saya seikhlas hati mengharapkan sebagai komuniti kita memberikan mereka ruang untuk menyelesaikan perbalahan mereka.⁣⁣

    Sebagai pihak pengurusan dan pendapat profesional, John mengharapkan segala kritikan ditujukan terus kepadanya.

    “Kami mahu mengurus (pasukan) dengan baik dan ia tidak bermaksud tiada ruang untuk kami memperbaiki bagi menjadi lebih baik. Saya berharap kami akan terus mendapat kepercayaan anda, dan sokongan anda pada musim akan datang,”tambah John.⁣

Konflik dalaman Team Secret MY kini menjadi tumpuan dalam kalangan peminat dan komuniti e-sukan PUBG Mobile apabila BiuBiu yang bertindak sebagai kapten pasukan tidak bermain secara kerap pada Liga Profesional PUBG Mobile (PMWL) Timur yang lalu.

Dalam kejuaraan dunia itu, Team Secret MY meraih tempat ke-15 secara keseluruhan.

PUBG Mobile

#RoadToSEA Final: Dah dapat slot pun Yoodo Gank, Team Secret nak terus dominasi

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua gergasi PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret MY mendominasi ranking hari pertama Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua dengan masing-masing berjaya mengutip dua Chicken Dinner.

The One and Onleh Yoodo Gank yang membuka tirai dengan penuh bergaya di peta Miramar berada di tangga pertama ranking Grand Final ketika ini dengan kutipan 93 mata secara keseluruhan termasuk 41 mata bunuh.

Manakala Team Secret MY yang berada di tangga kedua mengutip 89 mata termasuk 46 mata bunuh.

Kedua-dua pasukan itu juga menunjukkan mutu persembahan yang menarik dan mantap terutama pada pusingan keenam Grand Final yang berlangsung di Miramar.

Dalam pusingan itu, Yoodo Gank dan Team Secret MY membuktikan kedua-dua pasukan itu mempunyai reputasi tersendiri dengan menunjukkan pertarungan yang sangat matang dan tidak tergopoh.

Sememangnya ia satu pertarungan El Classico PMPL MYSG yang memukau penonton kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Sebagai contoh, pada zon selamat terakhir di Miramar itu berlangsung lebih 1 minit 30 saat bagi kedua-dua pasukan itu berlawan untuk mendapatkan Chicken Dinner.

Pertembungan itu menyaksikan aksi yang luar biasa dari Terminator Terbaik Asia Tenggara, Azim Ikromi (Draxx) dan Terminator Terbaik Liga PMPL MYSG, Dhiya Mohd Arasz (uHigh).

Namun percaturan uHigh untuk melakukan lompatan sambil melepaskan tembakan membuahkan hasil apabila ia mengena Draxx.

Sementara itu, tidak jauh di berada di belakang Team Secret MY dalam ranking adalah Team SMG yang turut mengutip dua Chicken Dinner hari ini di Erangel dan Sanhok.

Team SMG mempunyai 85 mata ketika ini, hanya lima mata ketinggalan di belakang Team Secret MY.

Tumpuan akan diberikan kepada penyandang tempat ketiga dan keempat Grand Final PMPL MYSG jika Yoodo Gank dan Team Secret MY terus mendominasi pada esok dan lusa.

Ia berikutan hanya dua slot diberikan kepada liga tersebut untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara, iaitu Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Grand Final PMPL MYSG akan berlangsung sehingga Ahad ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: “Dulu dia kata tak gayat, sekarang kat bawah”- Savior

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

“HARI itu, tak silap saya dia kata dia tak gayat. Sekarang saya tengah cari mana dia. Oh, di bawah. Come and catch me bro. Ingat nama kami, SMG, okay?”

Itu usikan jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Still Moving Under Gunfire (SMG), Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) kepada Muhammad Farhan Abdul Gaffar (JangS) yang merupakan jurulatih pasukan Team Secret MY.

Savior berkata demikian dalam satu temubual selepas Team SMG memenangi Chicken Dinner Kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Sebelum ini Jangs pernahmenyatakan bahawa dia tidak “gayat” berada di atas carta keseluruhan ketika Team Secret MY mendominasi carta liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Jangs sebelum ini berjaya memimpin pasukannya Team Secret MY ke puncak liga profesional kebangsaan itu sekaligus menerima slot ke peringkat Asia Tenggara nanti.

Sementara itu, Savior, bekas pemain profesional untuk e-sukan Player Unknowns’ BattleGrounds, kini menyertai pasukan SMG sebagai jurulatih untuk memimpin pasukan mereka menjuarai Grand Final PMPL MYSG.

Selepas lima pusingan bertanding, pasukan SMG berada di tempat kedua, satu mata sahaja di belakang pasukan Yoodo Gank.

View this post on Instagram

#RoadToSEAFinal: Ahhh, macam tu je @smg_jenny9 secara live mengajar warga emas @nrddynrsl baling bom macam mana. 🤣😂⁣ ⁣ GGWP @teamsmgofficial! Chicken Dinner yang kedua! BAPAK AH MANTAPPPPPP!!⁣ ⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Video: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Pasukan SMG berjaya mengutip 72 mata dengan 27 mata bunuh secara total setakat ini.

SMG, yang dibarisi Mohd Harith Iskandar (Bard), Mohd Nazeri Shahrin (Trixnity), Muhammad Danny Irfan (Jenny), Aqil Yusli (Six) dan Fairul Iskandar Putra (Putra) sebelum ini pernah menjuarai peringkat liga PMPL MYSG bagi musim pertama menerusi nama Bapak Ah Esports.

Grand Final PMPL MYSG masih lagi berbaki 13 pusingan tinggal bagi pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik tanah ir untuk mendapatkan dua slot ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Mampukah pasukan SMG mendominasi carta keseluruhan dan muncul di atas selepas tiga hari kejohanan?

Saksikan Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan anda juga berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi!

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadtoSEAFinal: iNaoki mungkin tidak akan main Grand Final – Man Parang

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain kelima Yoodo Gank Azmal Jasni (iNaoiki) berkemungkinan tidak akan beraksi dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, kata kapten Aiman Mohd (Man Parang).

Man Parang berkata ia berikutan keempat-empat pemain utama Yoodo Gank ketika ini berada di lokasi latihan pasukan itu selain iNaoiki.

“Kami berada di lokasi latihan pasukan sempena Grand Final kecuali iNaoki. Jadi siapa yang ada di sini sahaja akan bermain,” kata Man Parang secara ringkas.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual PMPL selepas memenangi Chicken Dinner Grand Final di Miramar seketika tadi.

BACA: Yoodo Gank dapat circle, CCV naik lebih 79,000 tontonan

View this post on Instagram

#RoadToSEAFINAL: Carta dan ranking selepas tamat pusingan pertama. Wowza semua merah dalam carta terminator guys. GGWP Yoodo Gank dan Geek Fam!⁣ ⁣ Geek Fam kini mendahului di tangga pertama selepas mengutip 12 mata bunuh! YAZZAAAAAAA! ONCE A GEEK ALWAYS A FAM! ⁣ ⁣⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣ ⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ Foto: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Difahamkan, lokasi latihan Yoodo Gank yang dinamakan Wulfden terletak di Puchong, Selangor.

Ketika ini sedang berlangsung Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua yang menyaksikan 16 pasukan terbaik tanah air merebut gelaran juara dan slot ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Hanya dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke SEA Final 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Sementara itu, Man Parang juga meninggalkan beberapa kata-kata semangat kepada pasukan-pasukan yang lain dalam misi merebut slot itu.

“Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan slot ke SEA Final. Ayuh, mari kita lakukannya,” kata Man Parang.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved