Connect with us

PUBG Mobile

Loong sah ke NOVA Esports, pemain Malaysia pertama bermain di PEL

Published

on

Foto: @pubgmobile.esports.my

Pemain muda dan berbakat besar, Yong Song Ang (Loong), sah akan menyertai gergasi PUBG Mobile dari China, NOVA Esports.

Perkara itu disahkan oleh bekas pasukan Loong, Genexus, dalam satu kenyataan seketika tadi.

“Sebahagian daripada impian anda kini menjadi kenyataan.

“Selamat maju jaya untuk pengalaman baru anda.

“Rakyat Malaysia pertama yang akan ke pasukan PEL, anda memang membanggakan kami,” kata Genexus dalam satu posting hari ini.

Penyertaan pemain berusia 18 tahun itu sekali gus mencatat sejarah e-sukan tanah air dan PUBG Mobile China tersendiri.

Ia berikutan Loong bakal menjadi pemain pertama Malaysia yang akan bermain di Liga Peacekeeper Elite, China sebgai pemain import.

Loong sebelum ini menyertai Genexus, dan dipinjamkan kepada SEM9 untuk Liga PMSL baru-baru ini.

Sementara itu, NOVA Esports merupakan satu nama besar dalam PUBG Mobile apabila beberapa kali muncul sebagai juara dunia iaitu pada:

  • Grand Final PMGC 2021
  •  PMGC 2020.

NOVA Esports juga gah di China apabila beberapa kali menjuarai Liga Peacekeeper Elite iaitu pada Musim Ketiga 2021, dan Musim Kedua 2020

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved