Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Alliance kini ranking nombor 3 PMSL

Published

on

Foto: Facebook Yoodo Alliance

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Yoodo Alliance, terus perbaiki kedudukan ranking apabila berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik selepas tamat hari kedua, minggu kedua Liga Super PUBG Mobile Asia Tenggara (PMSL SEA) pada malam tadi.

Yoodo Alliance hanya ketinggalan satu mata sahaja berbanding penyandang tempat kedua dari Vietnam, D’Xavier yang mempuyai 86 mata ketika ini.

Sementara itu, peringkat liga ketika ini didominasi pasukan Indonesia RRQ, dengan catatan 110 mata, termasuk 2 Chicken Dinner.

Foto: PUBG Mobile Esports

PMSL SEA Musim Luruh 2023 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.1 juta (AS$250,000).

Pada peringkat liga, setiap pasukan yang bertanding akan bermain selama tiga minggu untuk mendapatkan slot penting ke grand final. Hanya 16 pasukan sahaja yang akan mara ke peringkat itu.

Liga francais itu diadakan di Kuala Lumpur dan akan dibuka untuk tontonan orang awam pada 25 Ogos di peringkat grand final.

Selain Yoodo Alliance, wakil Malaysia turut terdiri daripada Don’t Break Dreams (DBD), Geek Fam, Team Secret dan SEM9.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved