Connect with us

PUBG Mobile

Vokey Ada Team Baru?

Published

on

Pemain profesional PUBG Mobile negara, Imran Rosli atau lebih dikenali sebagai Vokey bakal bermain bersama pasukan barunya di PUBG Mobile Conqueror Series – Malaysia Musim Panas 2024. 

Dalam satu hantaran video Instagram rasmi PUBG Mobile Malaysia telah mendedahkan pemain-pemain barisan utama Vokey Esports. 

Sebelum ini, dalam satu temubual eksklusif bersama WTM Today, Vokey pernah memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk menubuhkan satu pasukan baru PUBG Mobile yang bakal memberikan saingan dalam babak kompetitif. 

Antara pencapaiannya pada peringkat liga profesional, Vokey sebelum ini pernah menjadi juara PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim 3 2021, dan PUBG Mobile Malaysia Singapura Filipina Musim Bunga 2022.

Jika Vokey dan pasukannya berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam kejohanan ini, mereka akan memperoleh slot ke PUBG Mobile Conqueror Series – Malaysia Musim Luruh 2024.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved