Connect with us

PUBG Mobile

PMSL: Yoodo Alliance kekal cemerlang, kini Top 2

Published

on

FOTO: PUBG MOBILE ESPORTS

KUALA LUMPUR – Baru beberapa hari lalu pasukan PUBG Mobile tanah air, Yoodo Alliance berada di ranking ketiga, pasukan itu kini melonjak naik satu anak tangga apabila berjaya meraih satu lagi kemenangan Chicken Dinner penting baru-baru ini.

Selepas empat hari Liga Super PUBG Mobile (PMSL) 2023 berlangsung untuk minggu kedua, Yoodo Alliance berjaya mengumpul 152 mata setakat ini dengan kutipan 2 Chicken Dinner.

Yoodo Alliance hanya ketinggalan 13 mata sahaja dengan pasukan Indonesia RRQ, yang menduduki tempat pertama ketika ini.

Sementara itu, satu lagi pasukan Malaysia, SEM9 berada dalam kelompok 10 terbaik dengan catatan 119 mata.

DBD, Geek Fam dan Team Secret pula berada di halaman kedua ranking PMSL dengan masing-masing berada di kedudukan ke-14, ke-18 dan ke-20.

PMSL SEA Musim Luruh 2023 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.1 juta (AS$250,000).

Pada peringkat liga, setiap pasukan yang bertanding akan bermain selama tiga minggu untuk mendapatkan slot penting ke grand final.

Hanya 16 pasukan sahaja yang akan mara ke peringkat itu.

Liga francais itu diadakan di Kuala Lumpur dan akan dibuka untuk tontonan orang awam pada 25 Ogos di peringkat Grand Final di Sunway Velocity Mall.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved