Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Recap pertembungan El Clásico, 2-0 berpihak Team Secret MY

Published

on

Foto: Faceboo / PUBG Mobile

PERTEMBUNGAN El Clásico antara pasukan-pasukan gergasi Malaysia, Team Secret MY dan Yoodo Gank dihidupkan dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) pada musim kedua.

Kedua-dua pasukan itu pernah mewakili negara di kejohanan global Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur pada 11 Julai yang lalu.

Setakat semalam, pasukan Team Secret MY mendahului 2-0 dalam rekod pertembungan menentang pasukan The One and Onleh Yoodo Gank [adahari pertama PMPL MYSG.

Kedua-dua pertarungan itu berlaku dalam bulatan akhir pusingan kedua dan ketiga, yang berlangsung di Miramar dan Erangel.

Video : Facebook / PUBG Mobile

Trio Yoodo Gank vs Team Secret MY

Bagi pusingan Miramar tersebut, pasukan Team Secret MY berjaya menewaskan pemain-pemain Yoodo Gank dalam bulatan-bulatan terakhir perlawanan.

Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain Team Secret MY yang bijak menggunakan permukaan muka bumi tanah tinggi untuk membantu mereka memberikan kesan bunuh tinggi sekaligus berjaya melumpuhkan ahli-ahli pasukan Yoodo satu demi satu.

Penembak jarak jauh Team Secret MY, Raymon Tan (iShotz) yang pada mulanya mengesan kedudukan bekas rakan sepasukannya, Aiman Mohd (Man Parang).

iShotz membaling bom ke arah Man Parang sehingga lumpuh. Balingan Bom iShotz diikuti dengan tembakan dari pemain rusher Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (Uhigh) yang terus menghantar Man Parang ke lobi.

Situasi kali ini menyaksikan Yoodo Gank mempunyai baki dua pemain iaitu Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki).

Tidak mahu membuang masa dan terus mengekalkan momentum, uHigh terus merusuh ke arah lokasi Fredo dan menamatkan hayatnya.

iNaoki tidak mampu membuat apa-apa dengan trio Team Secret MY dan terpaksa akur dengan kemenangan Chicken Dinner di Miramar menjadi milik juara PMPL MYSG Musim Pertama itu.

Rex lawan Draxx

Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan juara PMPL MYSG musim pertama, Asyam Allam (Rex) dari Team Secret MY menjadi kunci kemenangan pasukan tersebut bagi pusingan ketiga di Erangel menentang Yoodo Gank.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile Esports

Dalam bulatan ketujuh Erangel, Rex berjaya mendapatkan posisi yang strategik.

Dia tenang dan mengenal pasti kedudukan musuh sehingga menyebabkan pertembungan Yoodo Gank menentang Team Secret MY berlaku. Kali ini melibatkan dia dan pemain terbaik Asia Tenggara Azim Ikromi (Draxx).

Draxx terlambat beberapa saat apabila Rex melepaskan tembakan tepat M416 dahulu ke arahnya dan menghadiahkan Chicken Dinner kedua untuk Team Secret MY.

Rex menampilkan prestasi yang cemerlang bagi kemunculan pertamanya di liga kebangsaan, apabila berjaya mengutip jumlah mata bunuh terbanyak pada hari pertama.

BACA: PMPL: Penampilan sulung Secret Rex, kutip 13 kills pada hari pertama

Berikut merupakan perbandingan statistik perlawanan Rex dari Team Secret MY dan Draxx dari Yoodo Gank bagi hari pertama PMPL MYSG:

Meskipun tewas dua kali di tangan pasukan Secret MY, Yoodo berjaya tamatkan hari pertama dengan baik apabila meraih satu Chicken Dinner di Sanhok pada pusingan terakhir.

Menerusi kemenangan itu, juara Asia Tenggara musim pertama itu menamatkan perjuangan pada hari pertama di kedudukan teratas, 9 mata di depan saingan terhebat mereka, Secret MY.

Foto: PUBG Mobile MY

PMPL MY/SG menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Liga profesional itu boleh ditonton secara eksklusif di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved