Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team No Recoil pecahkan badi, menang showmatch, menang Chicken Dinner hari ini

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Tanah air, Team No Recoil (TNR) memecahkan sumpahan showmatch apabila pasukan itu memenangi perlawanan pra-pusingan dan pusingan keenam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL) Musim Kedua.

TNR mengutip kedua-dua Chicken Dinner itu di peta Erangel.

Pada pusingan keenam itu, TNR memenangi 15 mata kemenangan di kawasan Polyana, Miramar dan mengutip 16 mata bunuh.

Perjalanan TNR di Erangel itu sebenarnya tidak mudah apabila mereka perlu menewaskan pasukan Tara Assasino dan Geek Fam.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Namun tembakan rambang pemain TNR Ryan Tan Jin Pang (Ryan) terhadap Muhamad Irham Ismadi (LyRien) yang sedang berlindung di sebalik sebuah kereta, iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi Ryan menyebabkan momentum permainan memberi kelebihan kepada TNR.

Tembakan Ryan mengena, LyRien berjaya dilumpuhkan.

Beberapa saat kemudian bulatan zon selamat juga membantu TNR untuk bertahan dengan lebih baik apabila keempat-empat pemain pasukan itu masih lagi hidup.

Ryan terus memberi tekanan kepada pasukan Tara Assasino, namun tidak memberikan sebarang impak.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Malah Tara Assasino memilih untuk membalas tembakan terhadap pasukan Geek Fam memandangkan bulatan tidak memihak kepada kedua-dua pasukan itu.

Rakan sepasukan Ryan, Sean Tee Yeu Terng (Insoumnus) pula meneruskan memberi tekanan kepada pasukan Tara Assasino dengan melepaskan beberapa das tembakan.

Insoumnus akhirnya berjaya mendapatkan LyRien walaupun sempat dihidupkan semula tadi. Tara Assasino hanya tinggal seorang pemain iaitu Muhammad Zarith Aziz (Lings).

Lings bagaimana pun mati dimakan zon biru.

Pertarungan kini hanya melibatkan TNR dan Geek Fam ketika ini. Namun perlawanan melibat 1 lawan 4.

Pemain Geek Fam Ahmad Syafiq Imran Mohamad (Qb) tidak mampu membuat apa-apa melainkan melengahkan masa.

Kelebihan jumlah pemain memihak kepada TNR, mereka berjaya memecahkan badi dan menang pusingan keenam PMPL MYSG Musim Kedua itu.

Menerusi kemenangan itu, TNR kini berada di kedudukan nombor dua untuk perlawanan hari ini dengan rekod 31 mata setakat ini.

TNR juga membawa pulang kira-kira RM625 (AS$150) selepas memenangi kedua-dua pusingan itu.

Sementara itu, pasukan Geek Fam kini berada di tempat pertama dengan 33 mata.

Perlawanan hari kedua PMPL MY/SG Musim Kedua masih berlangsung dengan berbaki lagi pusingan iaitu di Miramar dan Vikendi.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved