Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Akhirnya, Resurgence raih Chicken Dinner pertama

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan e-sukan popular Resurgence MY akhirnya berjaya mengutip Chicken Dinner yang pertama pada pusingan kelapan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Resurgence MY yang pada mulanya kerap too soon (mati awal) dalam beberapa pusingan awal hari ini, semakin lama semakin menunjukkan prestasi yang berkeyakinan terutama pada peta Vikendi seketika tadi.

Selain berjaya mendapatkan 15 mata kemenangan, Resurgence MY juga mengutip lebih 10 mata bunuh dalam pusingan itu.

Dalam peta Vikendi tadi menyaksikan bulatan zon selamat mengecil ke arah tenggara Milnar, dengan Resurgence MY berjaya mengekalkan kedudukannya dari dirampas pasukan lain selepas mendarat di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, Resurgence MY memilih untuk tidak bermain secara pasif. Mereka sedaya upaya cuba mendapat mata bunuh terbanyak dalam pusingan itu.

Hari ini sahaja, Resurgence MY turut berjaya mengutip 31 mata.

Resurgence MY juga memperbaiki kedudukan hari ini apabila melonjak ke tangga pertama dengan 62 mata.

Berikut adalah pemenang Chicken Dinner pada hari ini:

  • Pusingan 5 – Sanhok – Marlino
  • Pusingan 6 – Erangel – Team No Recoil
  • Pusingan 7 – Miramar – TARA Assasino
  • Pusingan 8 – Vikendi – Resurgence MY

PMPL MYSG Musim Kedua akan kembali untuk hari ketiga esok, dengan perlawanan peringkat kumpulan A&C.

Saksikan secara langsung bermula jam 5 petang di Facebook PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved