Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Fredo kuasai carta terminator tamat hari kedua

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PEMAIN profesional PUBG Mobile, Fuad Razali(Fredo) dari pasukan Yoodo Gank kini mendahului carta terminator selepas melalui dua hari perlawanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Fredo berjaya mengutip 17 mata bunuh setakat ini dan mendahului ranking pemain dengan mata bunuh tertinggi.

Melalui tembakan-tembakan tepat fredo, rusher Yoodo Gank ini turut memberikan 3654 kesan bunuh secara total dan mendapat empat tembakan kepala (headshot) terhadap pihak lawan.

Rakan sepasukan Aiman Amirul (Manparang) yang mencatatkan 15 mata bunuh berada di kedudukan kedua secara keseluruhan dalam ranking tersebut.

Turut tersenarai dari Yoodo Gank dalam senarai tersebut merupakan pemain terbaik PMPL Asia Tenggara, Azim Ikromi (Draxx) yang mencatatkan 14 mata bunuh untuk menduduki tangga ketiga dalam carta bunuh.

Corak permainan agresif Fredo dan rakan-rakan untuk mendapatkan mata bunuh yang tinggi berjaya mengekalkan Yoodo di kedudukan pertama tamat hari kedua kejohanan dengan 118 mata secara keseluruhan.

Terminator minggu pertama PMPL MYSG akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM1,000 (AS $200).

Gelaran terminator akan diberikan kepada pemain PMPL MYSG yang mempunyai jumlah mata bunuh terbanyak bagi minggu tersebut.

Pada hari pertama PMPL MY/SG, pemain Team Secret MY, Asyam Allam (Rex) memegang rekod tersebut dengan 13 mata bunuh.

Foto: PUBG Mobile

Yoodo Gank yang berada di kumpulan B telah bermain sebanyak 8 pusingan secara total sementara pasukan-pasukan Kumpulan A dan C masing-masing hanya bermain sebanyak 4 pusingan.

Juara PMPL MYSG musim pertama, Team Secret MY berada di kumpulan A manakala pasukan yang layak ke Liga PMPL Asia Tenggara, J8 Esports yang dahulu dikenali sebagi Bigetron AROV diundi di Kumpulan C.

Pembahagian kumpulan Minggu Pertama PMPL MYSG Foto: PUBG Mobile

“The One and Onleh” akan kembali semula ke gelanggang PMPL MYSG pada hari Sabtu untuk mempertahankan kedudukan tempat pertama mereka seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan,

PMPL MY/SG menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Liga profesional itu boleh ditonton secara eksklusif di Facebook PUBG Mobile.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved