Connect with us

PUBG Mobile

3 Chicken Dinner, adaptasi gameplay Jumper berhasil bagi Team Secret

Published

on

TIGA kemenangan Chicken Dinner pada hari pertama peringkat Super Weekend 3 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) telah membantu Team Secret MY untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan liga di tempat kedua ketika ini dengan kutipan 288 mata.

Team Secret MY hanya ketinggalan tiga mata di belakang pasukan yang berada di puncak liga, Dingoz MPX yang turut memaparkan aksi konsisten pada hari ini dengan mengutip 96 mata daripada enam pusingan yang dipertandingkan.

Dingoz MPX turut berjaya mendapatkan 1 Chicken Dinner pada hari pertama Super Weekend 3 itu.

https://www.instagram.com/p/CNfT3hupAso/

Pada masa yang sama, pasukan Doktor Internet Taugeh Ayam (DrTA) yang berada di ranking ketiga mengikuti rapat pasukan Team Secret MY dengan 280 mata setakat ini.

FotoL PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Sementara itu, dalam satu temubual tamat perlawanan, jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile tempatan Team Secret MY, Azizan Hasnor (Seraveem) menjelaskan sebab utama prestasi baik Team Secret ketika ini adalah kerana kestabilan barisan pemainnya ketika ini.

“Barisan pemain utama kami ketika ini (Jumper, uHigh, Fredo dan iShotz) masih stabil.

“Bagi mencapai misi kami iaitu untuk menjuarai kejohanan PMPL, kami perlu mengekalkan konsistensi ini.

Apabila disoal mengenai ketiadaan ketua-dalam-permainan (igl) pasukan Aekachai Areesanan (Madtoi), Seraveem menjelaskan bahawa Madtoi kini direhatkan terlebih dahulu.

“Madtoi masih ada, cuma kita rehatkan dulu sebab pasukan masih stabil.

“Bagi saya Madtoi boleh sahaja bermain pada masa sekarang, cuma perbezaan apabila adalah kami menjadi lebih konsisten dengan barisan yang sedia ada.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk merehatkan Madtoi dahulu untuk memudahkan kami mengenal pasti kelemahan dan kesilapan, sekaligus memperbaikinya dengan pantas,” tambahnya.

Menurut Seraveem, Madtoi memainkan peranan dalam menjadikan pasukannya lebih agresif, namun bermula dari minggu kedua, corak perlawanan pasukan dilihat menjadi semakin perlahan.

Seraveem turut berkongsi bahawa pasukannya kini lebih menyesuaikan diri dengan cara permainan co-igl dan pemain scout pasukan, Izzrudin Hashim (Jumper) yang dilihat akan mengambil alih tugas Madtoi sebagai ketua dalam permainan ketika Madtoi tidak bermain.

https://www.instagram.com/p/CNffTl3JE3Z/

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, barisan pemain Team Secret MY ketika ini yang memaparkan Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Ahmad Fuad Razali (Fredo), Izzrudin Hashim (Jumper) dan Raymond Tan (iShotz) rata-rata mencatatkan 13.9 mata secara purata sepanjang 20 pusingan yang dimainkan.

Barisan pemain itu juga, berjaya mencatatkan bilangan kemenangan Winner Winner Chicken Dinner yang terbanyak, dengan tujuh kemenangan setakat ini.

Berikut merupakan bilangan kemenangan Chicken Dinner oleh lapan kombinasi pemain berbeza;

  • uHigh, Fredo, Jumper, iShotz: 7 WWCD
  • uhigh, iShotz, Jumper, Madtoi: 2 WWCD
  • uHigh, Fredo, iShotz, Madtoi: 1 WWCD
  • uHigh, Fredo, Jumper, iShotz: 1 WWCD
  • Fredo, Jumper, iShotz, Madtoi: 0 WWCD
  • Y2k Fredo Shotz Jumper : 0 WWCD
  • Y2k Fredo Uhigh Madtoi : 0 WWCD
  • Y2k Madtoi Jumper Uhigh : 0 WWCD

Meskipun Madtoi tidak berada dalam barisan utama pasukan buat masa sekarang, menurut pengurus pasukan Team Secret MY, Partibhan Petchayappen (OntheGo) berkata Madtoi telah memainkan peranan yang besar dalam membina konsistensi pasukan.

Menurutnya, Madtoi membantu pasukan dari segi menentukan koordinasi pergerakan dan penukaran posisi pasukan pada dua hari terakhir kejohanan.

Berbaki 6 lagi pusingan Super Weekend, mampukah pasukan Team Secret MY memintas Dingoz MPX pada esok dan seterusnya mendapatkan slot ke kejohanan Asia Tenggara?

Saksikan secara langsung melalui laman Youtube, Facebook atau aplikasi WeTV jam 5.30 petang esok.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved