Connect with us

PUBG Mobile

TSJ juga tidak lepas ke Super Weekend terakhir

Published

on

Foto: TSJ

BERITA kurang baik dari negara Gajah Putih.

Mungkin belum lagi rezeki untuk pasukan profesional PUBG Mobile Thailand Secret Jin (TSJ), yang memaparkan satu-satunya pemain Malaysia, Asyam Allam Hafiz Syhuti (Rex) apabila gagal untuk mara ke peringkat terakhir Super Weekend  Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL Thai S3) .

Pasukan TSJ hanya berjaya mengutip 48 mata pada peringkat Weekday 3 dan terpaksa akur berada di tempat ke-17, sekaligus gagal untuk tersenarai kelompok 16 pasukan terbaik.

Foto: PUBG Mobile Esports Thailand

Sepanjang 12 pusingan yang dimainkan di peringkat Weekday, Rex yang kini menggunakan nama dalam permainan (ign) Rexxy hanya membuat kemunculan pada hari kedua dan bermain dalam dua pusingan pada hari tersebut.

Dengan kemasukan Rex, ke dalam pusingan Miramar, TSJ seakan-akan mempunyai nafas baharu dengan menamatkan saingan di tempat kedua dengan 16 mata secara total, iaitu markah tertinggi TSJ sepanjang minggu tersebut.

Sebelum kemasukan Rex dalam pusingan itu, TSJ meletakkanThanadol Waiyawudthi (Twokay), Totsaporn Udomrak (Cosmos), Thanawat Suksangphanomrung (TT) dan Nattapon Kueanui (BooBuzz) sebagai barisan utama dalam 6 pusingan yang dimainkan dan mengutip 10 mata secara total.

Penukaran posisi (rotation) selepas kemasukan Rexxy dilihat lebih kemas dan teratur sehingga berjaya untuk memasuki zon selamat terakhir bagi pusingan tersebut.

Namun demikian, tekanan dari kawasan tanah tinggi oleh pasukan Magic Esports dan Faze Clan mengakibatkan TSJ hilang anggota pemain satu per satu.

Pasukan TSJ yang berada di kawasan tanah lapang hanya bergantung pada penggunakan bom asap untuk menyembunyikan kedudukan mereka dan mengelakkan daripada ditembak oleh pihak lawan.

Foto: PUBG Mobile Esports

Namun pujian harus diberikan kepada pasukan Thailand itu yang sempat mengutip 4 mata bunuh sebelum terkeluar dan seakan-akan telah menemui rentak perlawanan untuk memburu slot ke Super Weekend.

Meski mampu mencari rentak di peta Miramar, pasukan TSJ terkeluar awal dalam pusingan berikutnya apabila dihalang oleh dua pasukan gergasi Thailand, Bacon Time dan QConfirm dalam perjalanan untuk masuk ke tengah zon bulatan.

Tersepit antara dua pasukan, pasukan TSJ terpaksa memberhentikan kenderaan mereka dan menggunakannya sebagai pelindung terhadap tembakan-tembakan dari pihak lawan.

Namun, tembakan Mini-14 yang tepat oleh pemain berpenglaman Bawonchai Han (D2E) berjaya melumpuhkan Rexxy dan rakan-rakan sepasukannya sekaligus menyingkirkan mereka di tempat ke-16.

Foto: PUBG Mobile Esports

Situasi itu juga telah mengakibatkan TSJ gagal untuk mencari konsistensi yang diperlukan pada hari terakhir Weekday 3 dan tersingkir di tempat ke-17.

Pasukan ternama lain yang tidak berjaya untuk layak ke Super Weekend termasuklah bekas juara Thailand RRQ dan King of Gamers Club (KOG).

Kini, TSJ berada di kedudukan ke-12 secara keseluruhan bagi peringkat liga melalui pungutan mata Super Weekend sebelum ini.

TSJ perlu mengharapkan pasukan-pasukan seperti Myth, QC, PLM, MiTH, AF dan MSC untuk tidak memintas mereka dalam pungutan mata sekiranya ingin layak ke peringkat final PMPL Thailand .

Foto: PUBG Mobile Esports Thailand

Jangan lupa untuk tonton dan beri sokongan kepada Rexxy atau pasukan kegemaran anda di Finals PMPL Thai di Facebook, YouTube PUBG Mobile atau aplikasi WeTV.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved