Connect with us

PUBG Mobile

JP NSEA buktikan team PMCO bukan calang-calang, top 1 Weekday 3

Published

on

JP NSEA ketika memenangi Chicken Dinner pada peringkat Weekday 3 - Foto: PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile yang melalui pusingan kelayakan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia, Jentera Pejuang Negeri Sembilan ESports Association (JP NSEA) membuktikan kekuatannya yang tersendiri apabila berada di ranking pertama pada peringkat Weekday 3, Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) semalam.

Pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai MPX Redline mengutip 132 mata secara keseluruhan dengan dua Chicken Dinner sepanjang tiga hari Weekday berlangsung.

Menurut pemain JP NSEA, Muhammad Aduka Ikmal (Aduka), pasukannya tidak mahu mensia-siakan peluang untuk bermain dalam gelanggang profesional PUBG Mobile terbesar di Malaysia itu.

“”Kami dulu berangan-angan untuk bermain di PMPL. Jadi kami terus berusaha dan yakin boleh sampai ke tahap ini. Bila dah dapat peluang ini, ia seperti impian menjadi kenyataan.

“Kami tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Ini adalah musim pertama kami, banyak ilmu yang kami telah pelajari.

“Berdepan dengan pasukan yang berpengalaman memang mencabar, tapi kami dapat mengatasi rasa gemuruh. Kami harap dapat perbaiki dari semasa ke semasa,” kata Aduka.

Aduka berkata demikian dalam satu temu bual dalam rancangan PMPL MYSG S3 selepas pasukannya memenangi Chicken Dinner pertama dalam Weekday 3, pada Khamis.

Berikut adalah keputusan Chicken Dinner Weekday 3:
Map 1 – Erangel – Homebois
Map 2 – Erangel – Todak
Map 3 – Miramar – Team Secret
Map 4 – Sanhok – Dingoz MPX
Map 5 – Miramar – Todak
Map 6 – Sanhok – IPW LX
Map 7 – Miramar – Todak
Map 8 – Sanhok – Geek Fam
Map 9 – Miramar – Dingoz MPX
Map 9 – Miramar – Dingoz MPX
Map 10 – Erangel – JP NSEA
Map 11 – Miramar – JP NSEA
Map 12- Sanhok – J8 Esports
Map 13- Erangel – IPW LX
Map 14 – Erangel – TS
Map 15 – Sanhok – IPW LX

Selain Aduka, JP NSEA turut terdiri daripada pemain-pemain muda yang berbakat besar seperti Azrul Aiman (Wong), Amir Aiman (Banks), Mohamad Azli (Oliyo) dan Nurhazwan Haikal (Hasz).

JP NSEA juga menjadi satu-satunya pasukan PMCO 2021 yang berjaya melayakkan diri ke semua peringkat Super Weekend yang dipertandingan.

Selain JP NSEA, tiga pasukan PMCO 2021 yang turut menyertai PMPL MYSG S3 adalah Homebois, Al-Ikhlas R2K, dan TRX LGD.

JP NSEA akan kembali bertarung pada peringkat Super Weekend 3 hari ini pada jam 5.30 nanti.

Pada peringkat Super Weekend, JP NSEA kini berada di tangga kelapan dengan kutipan 160 mata secara keseluruhan.

Jika anda mahu memberi sokongan kepada JP NSEA, boleh tonton PMPL MYSG S3 secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

PMPL MYSG S3 mengumpulkan 20 pasukan terbaik PUBG Mobile Malaysia dan Singapura. Ia telah berlangsung sejak 24 Mac lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved