Connect with us

PUBG Mobile

Salah ke langgar dropspot?

Published

on

DENGAN menjadikan slot automatik ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final S3) sebagai satu pertaruhan, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam medan pertempuran kompetitif PUBG Mobile, termasuk gangguan di lokasi mendarat (dropspot).

Itulah yang berlaku pada hari terakhir peringat Weekday 3 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3), dengan fokus utama ditumpukan kepada bekas juara Asia Tenggara, Yoodo Gank yang terpaksa akur di tempat ke-18, sekaligus gagal melayakkan diri ke peringkat Super Weekend terakhir.

Kegagalan pasukan Yoodo Gank itu sekali gus akan menjejaskan kedudukannya selaku penyandang tempat pertama di peringkat Super Weekend dan menipiskan peluang slot automatik ke SEA Final.

Umum mengetahui, johan di peringkat PMPL MYSG S3 akan menerima jemputan terus ke SEA Final.

Foto: PUBG Mobile

Sepanjang empat pusingan yang dimainkan hari ini, ada beberapa pasukan PMPL dilihat cuba untuk mendarat di lokasi biasa Yoodo Gank untuk mencetuskan pertembungan-pertembungan awal.

Bagi peta Erangel dan Miramar, pasukan Dingoz MPX dilihat mendarat di kawasan Severny dan Power Grid.

Berdasarkan pemerhatian menerusi scrim dan kejohanan yang dijalankan, kedua-dua lokasi itu dilihat sebagai lokasi mendarat pilihan Yoodo Gank.

Manakala bagi peta Sanhok, pasukan Doktor Internet Taugeh Ayam (DrTA) dilihat mendarat di kawasan Rumah-L.

Pelanggaran dropspot oleh DrTA di perkarangan “Rumah-L” yang merupakan lokasi mendarat asal Yoodo Gank
Foto: PUBG Mobile Esports

Pertembungan dropspot ini menimbulkan persoalan sama ada ia adalah cubaan untuk memberi kesukaran dan tekanan kepada Yoodo Gank untuk berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Weekday 3?

Jika kemungkinan itu benar, ia dilihat akan meningkatkan lagi peratusan peluang Dingoz MPX dan DrTA untuk mendapatkan slot automatik ke SEA Final memandangkan kedua-dua pasukan itu berada di ranking kedua dan ketiga Super Weekend.

Berikut adalah ranking Super Weekend ketika ini:

  1. Yoodo Gank – 250 mata
  2. Dr Internet Taugeh Ayam – 234 mata
  3. Dingoz MPX – 228 mata
  4. Geek Fam – 218 mata
  5. TS – 192 mata

Ranking penuh boleh dilihat di sini.

Namun demikian, menerusi percaturan dan strategi dari pasukan Yoodo Gank yang menjangkakan bahawa akan berlakunya pertembungan dropspot, pasukan itu dilihat memilih lokasi lain untuk mendarat.

Meskipun telah berusaha sebaik mungkin mengelak dari setiap serangan ‘pelanggaran’ dropspot oleh pasukan-pasukan luar, namun Yoodo Gank terpaksa akur apabila terkandas di kedudukan ke-18 secara keseluruhan.

Situasi itu jelas menunjukkan tekanan dan serangan daripada pasukan Dingoz MPX dan DrTA telah mengganggu konsentrasi pasukan Yoodo Gank terutama dalam melakukan pergerakan penukaran posisi.

Momentum pasukan Yoodo Gank turut terjejas akibat penukaran lokasi mendarat mereka dan terpaksa mencetuskan idea dalam masa yang singkat bagi melakukan corak permainan yang baru untuk masuk ke dalam zon selamat.

Jadi, salah ke ‘langgar’ dropspot?

Sebenarnya, pertembungan dropspot merupakan strategi yang pernah dilakukan, terutama di peringkat antarabangsa.

Contohnya, pada pusingan terakhir PMCO Asia Tenggara 2019, pasukan Vietnam Xavier Gaming telah meletakkan satu pemain iaitu Nguyen Duy Hai (Deadshot) di lokasi mendarat Team Secret iaitu di Ferry Pier, Erangel.

Seorang pemain Xavier dilihat mendarat di kawasan yang mempunyai beberapa pemain Team Secret di Ferry Pier – Foto PUBG Mobile

Perkara itu dapat dilihat pada minit ke-2 perlawanan.

Menyedari perkara itu, Team Secret terus membunuh Deadshot dan menghantarkannya ke lobi.

Foto PUBG Mobile

Namun begitu, pada minit ke-9 perlawanan, dua pemain Xavier iaitu Nguyen Quang Anh (Zico) dan Vu Hong Giang (Kuvet) dilihat sedang mengikuti rapat pergerakan Neo San Puey (SinB).

Dalam tempoh hampir 30 saat mengikuti SinB, kedua-dua pemain Vietnam itu berjaya mendekati SinB dan seterusnya melepaskan beberapa das tembakan.

Meski SinB sempat memberi kecederaan teruk kepada namun Zico Xavier Team berjaya mendapatkan SinB dan menerima 1 mata bunuh.

Pada peringkat akhir PMCO Asia Tenggara 2019 itu, rakan senegara Xavier Team iaitu Box Gaming memerlukan sekurang-kurangnya 6 mata untuk mengatasi kedudukan Team Secret bagi melayakkan diri ke peringat dunia PMCO (prelims) di Berlin.

Team Secret bagaimanapun berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat terbaik apabila dua pemainnya, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) dan Alex Er Yong Fong (Alexer) berjaya hidup lebih lama berbanding pemain-pemain Box Gaming dalam pusingan terakhir Grand Final PMCO Asia Tenggara 2019 itu.

Selain itu, pada PWML 2020, pasukan Mongolia No Chance juga sering kali mengadakan satu pertembungan dengan Team Secret MY di Podvosto, Vikendi.

Terlepas peluang untuk layak ke SEA melalui peringkat liga, mampukah pasukan Yoodo Gank membuat kebangkitan semula pada Peringkat Akhir PMPL MYSG S3 yang akan diadakan pada 23 April nanti?

PMPL MYSG S3 akan kembali esok untuk peringkat terakhir Super Weekend.

Kejohanan itu mengumpulkan 20 pasukan terbaik PUBG Mobile Malaysia dan Singapura. Ia telah berlangsung sejak 24 Mac lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved