Connect with us

PUBG Mobile

Pertarungan slot SEA, mampukah Yoodo Gank layak ke Super Weekend?

Published

on

Foto PUBG Mobile

Tragedi berdarah Graveyard dan dikepung oleh dua pasukan, EVOS VIP dan Dingoz MPX.

Itu kesukaran dihadapi oleh pasukan yang menduduki tangga teratas bagi carta keseluruhan Super Weekend Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim Ketiga(PMPL MYSG S3), Yoodo Gank dalam pusingan Miramar, Weekday 3 tadi.

Pasukan itu berada di ambang penyingkiran selepas terkeluar awal dalam pusingan pertama pada hari terakhir peringkat Weekday 3.

Yoodo Gank yang berjaya mengutip 250 mata secara keseluruhan perlu untuk melayakkan diri ke Super Weekend terakhir kejohanan sekiranya ingin mempertahankan kedudukan tersebut, sekaligus mendapatkan slot automatik ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3).

BACA: PMPL: Yoodo Gank ungguli Super Weekend 2

Yoodo Gank memulakan pusingan di peta Miramar dengan mendarat di kawasan Minas Generales. Tindakan itu dilihat untuk mengelak daripada bertempur dengan pasukan lain di lokasi mendarat asalnya iaitu Power Grid.

Yoodo Gank mengambil alih kawasan Minas Generales dari pasukan RSG yang tidak bermain pada pusingan pertama pada hari ini.

Tekaan Yoodo Gank tepat apabila Dingoz MPX memilih untuk mendarat di kawasan Power Grid.

Yoodo memilih untuk mendarat di Minas Generales
Foto: PUBG Mobile Esports

Namun demikian, malang tidak berbau bagi pasukan Yoodo Gank yang berada di Minas Generales apabila ‘tersepit’ di antara dua pasukan gergasi, EVOS VIP dan Dingoz MPX setelah membuat penukaran posisi ke tengah zon selamat.

Fokus ke kawasan tanah tinggi yang dihuni oleh EVOS VIP, pemain Yoodo Gank Aiman Amirul (Manparang) berjaya dilumpuhkan oleh pemain support Dingoz MPX, Haziq Hanafi (Appy)dengan tembakan tepat M416.

Usaha covering fire yang dilakukan oleh kedua-dua pemain fragger Yoodo Fairul Iskandar (Putra) dan Azim Ikromi (Draxx) tidak membuahkan hasil apabila flanking yang dilakukan oleh pemain Dingoz Mukhriz Fariq (IronPro) berjaya kedua-dua pemain tersebut.

Serangan terhadap pasukan Yoodo di peta Miramar merupakan satu kelebihan bagi pasukan Dingoz MPX kerana pasukan itu berada dalam saingan untuk memburu slot automatik ke SEA Final S3.

Dingoz MPX, yang berada di kedudukan ketiga secara keseluruhan akan menaiki sekurang-kurangnya satu anak tangga sekiranya Yoodo tidak layak ke peringkat Super Weekend nanti.

Kini, pasukan Yoodo Gank menghuni tangga ke-18 bagi peringkat Weekday minggu ketiga dengan 40 mata dan perlu mensasarkan sekurang-kurangnya satu Chicken Dinner untuk memastikan mereka dalam kedudukan selesa untuk layak ke Super Weekend.

Antara pasukan yang lain yang turut memburu slot ke Super Weekend termasuk pasukan Whales Esports, SMG dan Team Bosskurr.

Berbaki dua sahaja pusingan buat Yoodo Gank pada hari terakhir peringkat Weekday kali ini, mampukah mereka berjaya melakukan kebangkitan semula sekaligus mempertahankan kedudukan mereka di Super Weekend nanti?

Jangan lupa saksikan aski Yoodo Gank dan 19 pasukan berkaliber lain dalam PMPL MYSG Musim Ketiga di laman Youtube, WeTV dan Facebook Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved