Connect with us

PUBG Mobile

Adakah strategi “masuk tengah zon cepat” tidak menjadi bagi pasukan RSG?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN profesional PUBG Mobile tempatan, RSG kini berada di ambang penyingkiran selepas menduduki tangga ketiga tercorot tamat hari pertama minggu ketiga peringkat Weekday 3 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Selepas gagal untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend pada minggu kedua dan menduduki tempat ke-18 liga dengan kutipan 54 mata, keberkesanan strategi pasukan itu kini menjadi tanda tanya.

Sekiranya RSG ingin melayakkan diri ke final PMPL MYSG nanti, pasukan RSG harus memaparkan aksi cemerlang pada peringkat peringkat Super Weekend 3, sekaligus mengutip mata-mata kejohanan penting sepanjang dua hari tersebut.

“Loot awal, Masuk Tengah Zon Secepat Mungkin”

Sepanjang dua minggu liga PMPL MYSG dijalankan, pasukan RSG dilihat menggunakan strategi “Loot Awal, Masuk Tengah Zon Secepat Mungkin” untuk memastikan pasukan mereka tidak ditertekan dengan zon biru.

Hampir setiap pusingan setakat ini, pasukan RSG dilihat akan melakukan satu pergerakan bagi memastikan pihaknya antara pasukan pertama yang memasuki kawasan tengah zon selamat.

Contoh rotasi konvensional pasukan RSG dari lokasi mendarat, Mylta ke tengah zon selamat yang dilakukan secepat mungkin
Foto: PUBG Mobile Esports

Selepas selesai melakukan looting, seringkali pemain scout RSG, Seanjev Tan Jian Rhen (Badman) akan melakukan pemantauan (scouting) terhadap kawasan tengah zon bulatan yang sesuai untuk dikawal oleh pasukan mereka.

Proses yang dilakukan RSG itu dilihat mengambil masa 6 minit secara purata dan bergantung kepada jenis peta yang dimainkan dan jarak bulatan pertama pusingan dari lokasi mendarat pasukan mereka.

Namun demikian, dalam beberapa cubaan scouting yang tidak menjadi dari RSG itu mengakibatkan pasukan itu dilihat sering ‘terciduk’ atau terkeluar awal dari medan pertempuran tanpa mengutip sebarang mata.

Sebagai contoh, pada dua pusingan awal pada hari semalam, siri scouting yang dilihat kelam kabut dan tidak teratur mengorbankan ahli pasukan lain sehingga memberi kesukaran dalam fasa pertempuran berikutnya.

Bagi peta Sanhok, co-igl pasukan, Churchill Ensir (ChillRex) membuat keputusan untuk melakukan scouting di kepulauan Camp Apha yang padan dengan strategi “Loot Awal, Masuk Tengah Zon Secepat Mungkin” pasukan mereka.

Namun demikian, cubaan ChillRex dihalang oleh ahli pasukan SMG yang sudah sedia mengawal kawasan tanah tinggi Ha Tinh.

Pasukan RSG melakukan looting pada kawasan Barat Paradise dan Tat Mok
Cubaan scouting ChillRex yang tidak menjadi pada peta Sanhok
Foto: PUBG Mobile Esports

Begitu juga dengan cubaan scouting di kawasan Power Grid bagi peta Erangel, scouting yang kurang meyakinkan apabila pasukan RSG tidak menjangkakan keberadaan JP NSEA yang telahpun menghuni kawasan perumahan situ.

Cubaan scouting Kim dan Badman yang tidak menjadi pada peta Miramar apabila tidak menjangka ahli pasukan JP NSEA
Foto: PUBG Mobile Esports

Semakin tertekan dengan desakan untuk berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik, RSG turut melakukan beberapa perubahan strategi dengan percubaan untuk melakukan eksperimentasi penukaran barisan pemain utama pasukan.

RSG telah membawa masuk jurulatih ChillRex dalam barisan utama pemain pasukan RSG pada hari pertama bagi minggu ketiga peringkat Weekday kejohanan.

RSG tampil dengan tiga lineup berbeza pada semalam, iaitu:

  • Erangel- Vokey, SmallBoy, Churchill, Badman (Kim direhatkan): 3 mata
  • Miramar-Kim, Vokey, Churchill, Badman (Smallboy dirrehatkan): 0 mata
  • Sanhok-Kim, Vokey, Churchill, Badman (Smallboy direhatkan): 0 mata
  • Miramar- Kim, SmallBoy, Churchill, Badman (Vokey direhatkan): 9 mata

RSG kini berada di ranking ke-18 dengan 12 mata pada peringkat Weekday 3. Jika mengikut trend minggu pertama dan kedua, mana-mana pasukan yang mahu mara ke peringkat Super Weekend perlu mengutip 70 mata ke atas.

Mampukah perubahan-perubahan strategi yang dilakukan oleh pasukan RSG pada akhir liga cukup untuk memberi impak kepada cubaan mereka untuk layak ke final PMPL MYSG nanti?

Jangan lupa saksikan aski RSG MY dan 19 pasukan berkaliber lain dalam PMPL MYSG Musim Ketiga di laman Youtube, WeTV dan Facebook Gaming jam 5 petang nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved