Connect with us

PUBG Mobile

Digilis kereta selepas drop, Kid bangkit muncul MVP dua kali

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PEMAIN profesional PUBG Mobile, Muhammad Danish Yusniza (Kid) muncul sebagai pemain terbaik sebanyak dua kali pada hari pertama peringkat Weekday 3 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3).

Kid yang sebelum ini sinonim dengan gelaran ‘Budak Content’ menunjukkan skil tersendiri apabila dia dan pasukannya Todak berjaya meraih dua Chicken Dinner daripada lima pusingan yang dimainkan semalam.

Menerusi kedua-dua pusingan yang berlangsung di Erangel dan Miramar itu, Kid memperoleh 6 kills (mata bunuh).

Todak juga dilihat mampu mengekalkan konsistensi pada semalam meski terkeluar awal pada pusingan pertama, sehingga Kid ‘digilis’ kereta yang dipandu pemain J8 Esprots, Mohammad Zulfadhli Abdul Rahman (Zully) pada minit kedua perlawanan.

Selepas hari pertama Weekday 3 berlangsung, Todak kini berada di ranking pertama dengan kutipan 65 mata secara keseluruhan.

Todak ketika ini sangat memerlukan kutipan yang mencukupi untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend 3.

Pada peringkat Super Weekend, Todak ketika ini berada di ranking ke-18 dengan hanya kutipan 60 mata.

Pada minggu lalu, Todak tidak beraksi dengan baik sehingga gagal mara ke peringkat Super Weekend 2.

Adakah kebangkitan Todak pada peringkat hari pertama Weekday 3 ini mampu memberi sinar baharu pasukan itu yang seterusnya memecahkan badi “Top di Weekday, Drop di Super Weekend?”

Tonton saingan 20 pasukan terbaik PUBG Mobile Malaysia dan Singapura pada jam 5.00 petang nanti di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

PMPL MYSG S3 yang telah bermula pada 24 Mac lalu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved