Connect with us

PUBG Mobile

20 kills di Sanhok, Dingoz MPX mahu kumpul mata ke PMGC

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air yang semakin meningkat naik, Dingoz MPX mahu mengutip markah sebanyak mungkin dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021.

Menurut jurulatih Dingoz MPX, Muhammad Nur Azmi Mohammed Halim (Pasha) pihaknya mahu beraksi dengan baik sehingga mampu mewakili Malaysia ke peringkat dunia iaitu Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.

“Sasaran saya untuk Dingoz MPX adalah PMGC. Kami sedang cuba untuk mengutip mata dan pergi ke PMGC bersama-sama,” jelas Pasha secara ringkas.

Pasha berkata demikian dalam satu temu bual rancangan PMPL MYSG S3, selepas Dingoz MPX memenangi pusingan keempat peringkat Weekday 3.

Pasha (kiri) ketika ditemubual penganalisis PMPL MYSG S3, Aaron pada malam Rabu. – Foto PUBG Mobile

Sebelum ini, Pihak PUBG Mobile Esports telah mengumumkan format yang khusus mengenai slot ke PMGC menerusi PMPL .

PUBG Mobile Esports berkata satu slot mutlak akan diberikan kepada pasukan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi selepas menggabungkan mata yang diperoleh dalam PMPL Musim Ketiga dan PMPL Musim Keempat.

Sementara itu, Pasha juga berkata dia menyifatkan setiap pemain Dingoz MPX mempunyai potensi yang besar.

Menurut Pasha, anak-anak buahnya sangat mendengar kata, menghormati antara satu sama lain dan sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik sebagai sebuah pasukan.

Pada pusingan keempat peringkat Weekday 3 yang berlangsung di Sanhok tadi menyaksikan Dingoz MPX berjaya mengutip 20 kills (mata bunuh).

Pemain muda yang berbakat besar, Muhammad Harith Aimar Stanley (Rith) turut muncul sebagai pemain terbaik (MVP) dalam pusingan itu dengan kutipan 7 kills.

Rith juga mencatatkan kesan musnah yang agak besar iaitu 1031 mata.

Rith (kanan) mencatatkan rekod yang sangat baik dalam pusingan ke-4, Weekday 3. – Foto: PUBG Mobile

Dingoz MPX kini berada di ranking kedua, hanya kurang 10 mata dengan Team Secret yang berada di ranking pertama.

Berikut adalah keputusan Chicken Dinner setakat ini:

Map 1 – Erangel – Homebois
Map 2 – Erangel – Todak
Map 3 – Miramar – Team Secret
Map 4 – Sanhok – Dingoz MPX

20 Pasukan terbaik Malaysia dan Singapura sedang memburu kelompok 16 terbaik untuk mara ke peringkat Super Weekend.

Tonton dan beri sokongan kepada pasukan-pasukan pilihan anda dalam PMPL MYSG S3, di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved