Connect with us

PUBG Mobile

Jumper yang sekarang adalah Jumper versi terbaik – Seraveem

Published

on

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad PUBG Mobile Team Secret Malaysia, Azizan Mansor (Seraveem) menyifatkan mutu persembahan pemainnya, Izzrudin Hashim (Jumper) adalah yang terbaik ketika ini.

Menurut Seraveem, Jumper mengetahui setiap objektif yang dia perlu capai ketika bermain.

https://www.instagram.com/p/CNXbnX0JUFE/

“Kami tahu Jumper adalah pemain berkualiti tinggi. Dia tahu apa yang perlu dilakukan ketika bermain.

“Saya percaya, Jumper yang kita lihat ketika ini adalah Jumper versi yang paling baik,” kata Seraveem.

Seraveem berkata demikian ketika ditanya mengenai prestasi Jumper selepas pemain itu muncul sebagai MVP pusingan ketiga Weekday 3, Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 202 .

Dalam pusingan itu, Jumper mengutip 7 kills (mata bunuh) dan memberikan 924 mata kesan musnah.

Selain itu, skuad Team Secret Malaysia juga dilihat tidak menukarkan barisan pemainnya ketika ini dengan mengekalkan Jumper, Ahmad Fuad Razali (Fredo), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan Raymond Tan (iShotz) sepanjang tiga pusingan dimainkan ketika ini.

Ini bermaksud, ketua dalam pasukan (igl) Team Secret Malaysia Aekachai Areesanan (Madtoi) tidak bermain lagi setakat ini.

Team Secret Malaysia kini mendahului peringkat Weekeday dengan 46 mata secara keseluruhan, diikuti pasukan Todak 36 mata.

Berikut adalah kutipan Chicken Dinner hari ini:

Map 1 – Erangel – Homebois
Map 2 – Erangel – Todak
Map 3 – Miramar – Team Secret

Berbaki lagi dua pusingan hari ini, tonton PMPL MYSG S3 secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved