Connect with us

PUBG Mobile

ANALISIS: Secret ke Tovar atau Villa untuk padankan dengan corak permainan?

Published

on

Foto Fail

PASUKAN profesional PUBG Mobile negara Team Secret MY yang sebelum ini bertukar tempat daratan ke Tovar, berkemungkinan akan menghadapi cabaran ke atas lokasi mendarat mereka apabila bakal menghadapi pasukan India, SynerGE.

Setelah bertempur dengan pasukan NoChance sebanyak sembilan kali, pasukan Team Secret MY akhirnya memilih untuk berundur dari bertarung di Podvosto kerana pertarungan awal merisikokan mata kedudukan yang berharga untuk kelayakan peringkat Super Weekend.

Team Secret MY, pada pusingan pertama Hari Kedua League Weekend dilihat memilih kawasan persekitaran Tovar dan Villa bersesuaian dengan corak permainan pasukan itu yang mementingkan penukaran posisi ke bahagian tengah zon selamat.

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka melakukan perkara itu pada pertarungan pusingan ketiga, mereka mungkin bakal menghadapi pasukan SynerGE dari India.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, SynerGE dilihat cenderung untuk memilih lokasi mendarat di Tovar pada kesemua pusingan Vikendi yang berlangsung pada Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur setakat ini.

Foto: Prediksi lokasi daratan pasukan-pasukan liga dunia

Selain Tovar, Team Secret juga mempunyai pilihan untuk mendarat di kota Villa.

Villa merupakan antara lokasi Team Secret MY ketika menjalani latihan menjelang Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA).

Sebelum ini, lokasi Villa juga dilihat tidak dikuasai mana-mana pasukan luar dan berpotensi untuk menjadi lokasi pilihan sekiranya Team Secret mengundur diri daripada Tovar.

Tiga lagi pusingan akan berlangsung, Team Secret MY perlu melakukan sesuatu untuk mengelak situasi telur di hujung tanduk lagi sekali.

PMWL Timur peringkat League Weekend masih lagi berlangsung bagi menentukan 16 pasukan teratas yang layak ke Super Weekend.

Kejohanan dunia itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved