Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank, Team Secret MY layak ke Super Weekend 1

Published

on

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari pusingan peringkat League Weekend berlangsung, akhirnya dua wakil negara Yoodo Gank dan Team Secret MY berjaya mara ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim 0 2020.

Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing berada di kedudukan selamat iaitu di tangga keenam dan ke-13.

Dalam 10 pusingan yang diadakan pada peringkat League Weekend, Yoodo Gank mengutip 89 mata secara keseluruhan dengan satu Chicken Dinner dan 34 mata bunuh.

Manakala Team Secret MY yang juga berjaya mengutip satu Chicken Dinner dan 22 mata bunuh, mengumpul 55 mata secara keseluruhan.

Minggu pertama League Weekend PMWL Timur menyaksikan pasukan India, Orange Rock mendominasi carta dengan 122 mata.

Orange Rock juga berjaya mengutip dua Chicken Dinner di peta Vikendi.

Lapan mata di belakang Orange Rock adalah bekas juara dunia PMCO, Bigetron Red Aliens yang mengutip 114 mata secara keseluruhan.

Kedua-dua pasukan Orange Rock mengutip Chicken Dinner dan mata kedudukan yang sama.

Namun yang membezakan kedua-dua pasukan itu dalam League Weekend kali ini adalah jumlah mata bunuh.

Orange Rock berjaya mengutip 54 mata bunuh manakala Bigetron Red Aliens 46 mata bunuh.

Sementara itu, empat pasukan Asia gagal meloloskan diri ke peringkat Super Weekend kali ini, iaitu U Level Up Esports, Free Style, NOVA Godlike dan Morph Team.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports
Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Berikut adalah keputusan Chicken Dinner League Weekend Minggu Pertama:
Pusingan 1 – Erangel – Megastars
Pusingan 2 – Vikendi – Orange Rock
Pusingan 3 – Erangel – Bigetron RED Aliens
Pusingan 4 – Vikendi – RRQ Athena
Pusingan 5 – Erangel – Team Secret MY
Pusingan 6 – Vikendi – Yoodo Gank
Pusingan 7 – Erangel – Bigetron RED Aliens
Pusingan 8 – Vikendi – Orange Rock
Pusingan 9 – Erangel – BOX Gaming
Pusingan 10 – Vikendi – SynerGE

PMWL Timur akan kembali pada Jumaat ini dengan perlawanan peringkat Super Weekend Minggu Pertama.

Pada peringkat ini, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved