Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Mampukah Waisu Hera menjadi pasukan wanita pertama ke PMPL MYSG?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile wanita Waisu Hera mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan wanita yang berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan penentu (playoff) Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020.

Kapten pasukan Waisu Hera Anis Safiyah Mohd Helmey (Anees) berkata dia berhasrat untuk membawa pasukannya untuk pergi ke lebih jauh seperti pasukan Nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank.

BACA: Yoodo Gank, Team Secret MY layak ke Super Weekend 1 PMWL

“Walaupun kami adalah pasukan wanita, saya tetap akan mencari peluang untuk membawa pasukan saya (Waisu Hera) pergi ke peringkat yang lebih tinggi seperti yang dilakukan oleh pasukan lelaki. Contohnya, Yoodo Gank dan pasukan-pasukan lain.

“Antara sebab kami menyertai kejohanan terbuka itu juga kerana kejohanan wanita di Malaysia sudah tidak banyak diadakan.

“Jadi kami ingin mencuba nasib di PMNC, mana tahu jika ada rezeki di sini,” katanya ringkas kepada WTM Today.

Waisu Hera bukan satu nama asing dalam komuniti PUBG Mobile wanita apabila pasukan itu seringkali menjuarai beberapa kejohanan yang dipertandingkan pada tahun lalu, antaranya:

  • Juara Axis Ladies Tournament Ioi City Mall, Putrajaya – 2019
  • Juara Arov Ladies International Tournament – 2019
  • Juara Ladies PUBGM Evolution Series 2 – 2019
  • Juara Gabenor Project Ladies Tournament – 2019
  • Juara Kelayakan PMNC Zon Erangel 2020
  • Top 4 Konistra Ladies Tournament

BACA: “Tidak mustahil jika ada pasukan wanita Malaysia dapat ke PMCO” – ChuChu

Jelas Anees yang kini sedang menuntut di Universiti Sultan Azlan Shah, Perak, dia mahu memberi tumpuan dalam dunia kompetitif PUBG Moile dan akademik.

“Sebagai pemain PUBG Mobile, saya mengakui bahawa memang sukar untuk memberi tumpuan kepada satu perkara memandangkan tumpuan juga perlu diberikan kepada pelajaran.

“Namun ia tidak sama sekali untuk menghalang saya untuk bermain PUBG Mobile sebagai pemain kompetitif,” kata pelajar Anees yang sudah lama bermain PUBG Mobile sejak Musim Kedua lagi.

Selain Anees, berikut adalah barisan penuh pemain Waisu Hera:

  • Anis Safiyah Mohd Helmey – Kapten / Scouter (Anees)
  • Wan Nor Emylia binti Wan Mohd Zani – Fragger (Mimel)
  • Fatin Amisa Mohd Narawi – Sniper & Support (Ica)
  • Nur Fifi Natasha Ismadi – Rusher (Eevee)

Pusingan playoff PMNC akan bermula pada jam tiga petang nanti.

Hanya dua pusingan akan diadakan pada playoff PMNC hari ini iaitu di Erangel dan Sanhok.

Pada hari Sabtu pula, lima pusingan akan dipertandingkan iaitu Miramar, Vikendi, Erangel, Sanhok dan Miramar. Ia akan bermula jam 1 tengah hari.

Sementara itu pada hari terakhir, lima pusingan juga akan berlangsung iaitu di Vikendi, Erangel, Sanhok, Miramar dan Vikendi.

Namun ia akan bermula lebih awal iaitu pada jam 12.30 tengah hari dengan perlawanan pertunjukan di peta baharu PUBG Mobile iaitu Livik.

PMNC 2020 menawarakan hadiah wang terkumpul sebanyak RM100,000.

Peserta juga akan berpeluang untuk beraksi dalam liga paling berprestij di Malaysia iaitu Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) jika mereka berjaya mendapat kedudukan lima teratas

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved