Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Ada benda lain kami akan buat dalam Super Weekend – iShotz

Published

on

KUALA LUMPUR – Masih ada lagi strategi tersembunyi.

Mungkin itu situasi yang ingin disampaikan pemain profesional PUBG Mobile, Raymond Tan (iShotz) mengenai rancangan pasukannya Team Secret MY dalam perlawanan Super Weekend 1 Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Menurut iShotz, pada peringkat League Weeekend yang berlangsung pada Selasa dan Rabu lalu memberi peluang kepada pasukannya untuk mengkaji corak permainan pasukan lain.

“Kami masih ada banyak lagi kerjaya yang perlu dilakukan.

“(Pada peringkat League Weekend) kami banyak mengkaji dan mencuba perkara baharu supaya lebih bersedia pada Super Weekend nanti.

“Apabila berlangsung Super Weekend nanti, ada lagi perkara lain yang kami mahu lakukan,” kata iShotz dalam satu temu bual siaran langsung PMWL Timur selepas pada Rabu lalu.

Pada peringkat League Weekend Minggu Pertama, Team Secret MY menduduki tempat ke-13 dan berjaya mendapatkan slot ke Super Weekend PMWL Timur.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, Yoodo Gank, berada di tangga keenam dari 20 pasukan yang bertanding.

Kapten Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) dalam temu bual yang sama juga berkata mereka akan memberikan yang terbaik pada Super Weekend nanti.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved