Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank kutip 3 Chicken Dinner berturut-turut dalam Super Weekend 1

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank mencatat rekod hatrik selepas memenangi tiga Chicken Dinner berturut-turut pada hari pertama peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur seketika tadi.

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank kini berada di tangga pertama ranking Super Weekend dengan 95 mata secara keseluruhan.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh itu turut berjaya mengutip 35 mata bunuh.

Video: PUBG Mobile Esports

Pemain Yoodo Gank, Izzrudin Hashim turut tersenarai dalam pemain terbaik setakat ini dengan catatan empat mata bunuh, 889 kesan musnah dan tempoh bertahan dalam permainan selama 27 minit dan 49 saat.

Yoodo Gank kini berada 57 mata di hadapan juara dunia PMCO, Bigetron RED Aliens yang mengutip 38 mata.

Selain itu, satu lagi wakil Malaysia Team Secret MY berada di ranking ke-13 setakat ini dengan 16 mata secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved