Connect with us

PUBG Mobile

ANALISIS Rahsia 3× Chicken Dinner :Apa yang perlu anda tahu mengenai corak permainan Yoodo Gank

Published

on

KINI gah berada di ranking pertama Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur adalah pasukan Nombor 1 PUBG Mobile Asia Tenggara, Yoodo Gank yang berjaya mendapatkan tiga Chicken Dinner secara berturut-turut dalam peta-peta yang berbeza.

Penukaran posisi (rotation) pasukan Yoodo Gank sememangnya menjadi kunci kemenangan pasukan negara yang bermain dari bahagian luar bulatan pada zon-zon awal.

Pada pusingan pertama di peta Erangel, pasukan Yoodo Gank peka dengan kepadatan pasukan-pasukan dari bahagian barat dan membuat penukaran posisi sejauh kira-kira 2.4km dari perumahan Mansion sehinggalah ke kawasan perumahan Mylta yang mengambil masa kira-kira 3 minit 12 saat.

Anggaran Jarak dilalui: 2.4km
Anggaran Masa diambil: 3 minit 12 saat
Penukaran posisi Yoodo Gank
Foto: Youtube / PUBG Mobile Esports

Percaturan bijak Yoodo Gank pada peta Erangel ini memberi peluang kepada pasukan itu untuk mengelakkan diri daripada tersepit antara beberapa pasukan.

Yoodo Gank hanya perlu memfokuskan ke arah kedudukan pasukan India, SynerGE yang berhampiran mereka dan akhirnya memburu Chicken Dinner pertama.

Penukaran posisi ini seakan-akan menyerupai strategi Bigetron Red Aliens yang memahami kepadatan pasukan di bahagian barat peta pada pusingan ketiga League Weekend.

BACA: ANALISIS: Bigetron RA pusing 2.2km demi Chicken Dinner

Pada peta Miramar pula, Yoodo Gank sekali lagi melakukan penukaran posisi dari bahagian luar bulatan sehingga ke peringkat zon keempat yang menutup di kawasan Hacienda del Patron.

Pads zon kelima, pemain peninjau (scout) Yoodo Gank, Izzrudin Hashim (Jumper) melakukan tugas dengan cemerlang dengan mencari kawasan yang sesuai pada zon seterusnya.

Jumper mencari lokasi yang selamat di dalam zon
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Pasukan Yoodo Gank sekaligus memenangi pusingan tersebut dengan percaturan bijak daripada ketua dalam pasukan seterusnya meratakan pemain-pemain pasukan T1 dan Bigetron Red Aliens.

Yoodo Gank kini berada di tempat pertama dengan 104 mata. Pasukan itu juga mengumpul mata bunuh terbanyak iaitu 37 mata.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved