Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Perbezaan mata bukan untuk kami selesa – Man Parang

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

KUALA LUMPUR – Meski jauh berada di hadapan ketika ini pada peringkat Minggu Pertama Super Weekend Liga PUBG Mobile (PMWL) Timur, kapten pasukan PUBG Mobile nombor 1 Asia Tenggara Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) berkata pihaknya tidak sama sekali mahu berasa selesa.

Man parang berkata Yoodo Gank akan terus mencuba sehabis baik sehingga liga PMWL Timur tamat.

“Kami tidak menganggap perbezaan mata ini untuk kami rasa selesa.

“Kami akan terus menjaga momentum dan mencuba sehabis baik sehingga habis liga.

“Kami perlu terus mencuba,” kata Man Parang dalam satu temu bual bersama hos siaran langsung Bahasa Melayu PMWL Timur pada malam tadi.

Man Parang dan Yoodo Gank mempamerkan mutu persembahan yang cemerlang dengan mengutip tiga Chicken Dinner berturut-turut pada perlawanan pembukaan Super Weekend Minggu Pertama PMWL Timur semalam.

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank kini berada di ranking pertama dengan 104 mata, termasuk kutipan 37 mata bunuh.

Sementara itu, Man Parang juga mengharapkan Yoodo Gank dan satu lagi wakil Malaysia, Team Secret MY dapat bangkit bersama-sama dalam PMWL Timur.

Team Secret MY kini berada di ranking ke-10 dengan 35 mata.

“Ayuh bangkit bersama, Team Secret MY!” kata Man Parang dalam temu bual yang sama.

Dalam perlawanan semalam menyaksikan pasukan Asia Tenggara mendominasi dengan mengutip semua Chicken Dinner.

Berikut adalah rekod kemenangan Chicken Dinner Hari Pertama Super Weekend PMWL Timur:

  • Peta 1 – Erangel – Yoodo Gank
  • Peta 2 – Vikendi – Yoodo Gank
  • Peta 3 – Miramar – Yoodo Gank
  • Peta 4 – Sanhok – VALDUS The Murder
  • Peta 5 – Erangel – RRQ Athena

Minggu Pertama Super Weekend PMWL Timur akan kembali berlangsung pada jam 8 malam nanti di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved