Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Fredo kini dahului carta Anugerah PUBG Mobile 17,000 di hadapan Zuxxy

Published

on

Foto: WTM / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Ahmad Fuad Razali (Fredo) kini mendahului ranking Anugerah Pemain Pilihan Peminat PUBG Mobile Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim 0 bagi kategori Asia Tenggara.

Fredo yang merupakan pemain dari pasukan nombor 1 Asia Tenggara, Yodoo Gank kini mengutip 260,560 undian setakat artikel ini ditulis.

Menerusi jumlah undian itu, Fredo telah mencantas kedudukan pertama yang sebelum ini dipegang jaguh dunia Made Bagas Pramudita (Zuxxy).

Zuxxy dari pasukan Bigetron Red Aliens mengutip 243, 044 ketika ini.

Turut berada dalam carta adalah rakan sepasukan Fredo, Azim Ikromi (Draxx) dan pemain pasukan senegara Team Secret MY, Jiunn Jie Kow (Biubiu).

Undian anugerah itu telah dibuka sejak 15 Julai lalu dan akan berakhir 22 Julai nanti.

Bagi peminat yang ingin mengundi pemain-pemain pilihan, boleh melakukannya dalam aplikasi permainan PUBG Mobile.

Fredo dan Yoodo Gank kini sedang bersaing di peringkat Minggu Pertama Super Weekend PMWL Timur 2020.

BACA: ANALISIS Rahsia 3× Chicken Dinner :Apa yang perlu anda tahu mengenai corak permainan Yoodo Gank

Dia dan pasukannya yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminat berada di ranking pertama dengan 104 mata.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved