Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank dapat Chicken Dinner, Malaysia kini nombor 1

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara Yoodo Gank berjaya mendapat Chicken Dinner pertama pada peringkat League Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur seketika tadi.

Kejayaan Yoodo Gank itu dilakukan pada pusingan pertama hari kedua League Weekend di peta Vikendi.

Menerusi kemenangan itu juga, Yoodo Gank kini berada di ranking pertama secara keseluruhan dengan 83 mata.

Ia juga merupakan rekod pertama Malaysia untuk berada di ranking paling atas dalam PMWL Timur.

Pada pusingan keenam League Weekend minggu pertama tadi, Yoodo Gank meninggalkan 988 mata kesan musnah dan 8 mata bunuh.

Foto: PUBG Mobile Esports

Yoodo Gank juga dilihat tenang dalam bulatan akhir Vikendi yang berlangsung di bandar Podvosto apabila menewaskan saki baki pemain dari Megastars untuk mendapatkan Chicken Dinner.

Video: PUBG Mobile Esports

Sementara itu, berada tidak jauh di belakang Yoodo Gank adalah pasukan No Chance Team dengan 77 mata. Pasukan Mongolia itu masih tidak mengutip sebarang Chicken Dinner setakat ini.

Satu lagi wakil Malaysia, Team Secret MY berada di ranking ke-9 setakat ini dengan 44 mata.

League Weekend PMWL Timur Minggu pertama akan berakhir selepas tamat lima pusingan hari ini.

Hanya 16 pasukan teratas League Weekend yang layak ke peringkat paling penting dalam PMWL Timur iaitu Super Weekend.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$850,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved